Jika masalah anda seperti ini:
- Saya sudah lama tidak bermain dan sekarang saya tidak dapat log masuk
- Mengapa akaun saya dimasukkan ke dalam barisan pemadaman? Saya tidak meminta perkara ini.
- Saya ingin kembali bermain menggunakan akaun lama saya, bolehkah anda bantu?
Penyelesaian
Dari semasa ke semasa, semuanya perlukan pembersihan, termasuklah data kami. Memadam data bukan sahaja membantu membebaskan ruang yang digunakan oleh semua maklumat tersebut, malah memastikan tiada butiran pemain yang tidak diperlukan disimpan tanpa tujuan. Itulah sebabnya kami menjalankan pembersihan berkala untuk mengalih keluar akaun nilai rendah yang tidak digunakan dari pelayan kami.
Jika akaun anda telah ditandakan untuk dipadam secara automatik, anda boleh meminta agar proses ini dibatalkan melalui portal ini.
Kriteria untuk Pembersihan Automatik
Akaun akan ditandakan untuk dipadam apabila ia memenuhi semua syarat berikut:
- Akaun ini tidak pernah log masuk selama lebih 3 tahun
- Akaun ini tidak pernah membeli sebarang mata wang permainan sepanjang tempohnya
- Akaun ini tidak pernah menerima sebarang mata wang permainan sepanjang tempohnya
- Akaun telah dimainkan kurang daripada 20 jam (semua permainan digabungkan)
- Akaun tidak memiliki sebarang kandungan edisi terhad yang jarang
Perkara yang Berlaku Apabila Akaun Ditandakan untuk Dipadam
Sebaik sahaja akaun tidak aktif ditandakan untuk dipadam, tempoh pemprosesan selama 30 hari akan dimulakan dan pemain akan dimaklumkan melalui e-mel dengan maklumat lanjut.
Sebaik sahaja tempoh 30 hari tamat dan pemadaman selesai, akaun tersebut tidak boleh dipulihkan lagi, walaupun melalui sokongan pemain. Namun, anda sentiasa dialu-alukan untuk mencipta akaun baharu dan mula semula. ID Riot dan nama pengguna yang anda miliki akan tersedia semula (kecuali jika seseorang lain telah mengambilnya selepas akaun dipadam), jadi anda juga boleh cuba mengekalkan nama yang sama. Ingat untuk sentiasa aktifkan akaun baharu anda dengan log masuk atau melaburkan mata wang atau masa yang mencukupi dan anda tak perlu risau perkara seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan.
