Jika masalah anda seperti ini:
- Saya sudah penat bermain League of Legends, bolehkah anda padamkan akaun itu?
- Saya hanya mahu bermain VALORANT. Boleh tak anda alih keluar semua permainan lain dari akaun saya?
- Saya tidak lagi mahu bermain Wild Rift, bolehkah anda padamkan?
Penyelesaian
Semua permainan berada di bawah satu Akaun Riot, jadi kami tidak boleh memadam akaun permainan secara berasingan tanpa menjejaskan yang lain. Proses pemadaman akaun Riot akan memadamkan seluruh Akaun Riot anda, termasuk kemajuan dan kandungan untuk semua permainan yang dipautkan kepada akaun ini.
Jika anda masih ingin meneruskan pemadaman akaun Riot, sila lawati artikel ini dan teruskan dengan pemadaman.
