Jika masalah anda seperti ini:
- Saya telah menulis tiket tetapi kini saya tidak dapat menemuinya lagi.
- Tiket saya tidak dipaparkan di bawah Tiket Saya.
- Tiket sokongan saya sebelum ini hilang.
Penyelesaian
Tidak jumpa salah satu tiket sokongan anda sebelum ini? Jangan risau! Terdapat beberapa sebab lazim tiket mungkin tidak muncul dalam sejarah tiket anda. Ini cara untuk menjejaki tiket tersebut:
- Semak peti masuk e-mel anda. Jika anda baru-baru ini menghantar tiket, semak emel daripada Sokongan Pemain Riot yang dihantar ke alamat emel yang dikaitkan dengan Akaun Riot anda. Walaupun tiket tersebut tidak lagi muncul di bawah Tiket Saya, anda masih boleh meneruskan perbualan dengan membalas terus emel itu.
- Pastikan anda menyemak laman sokongan yang betul. Jika anda menghantar tiket anda di bawah permainan atau produk Riot yang berbeza (contohnya, menggunakan laman sokongan Wild Rift semasa mencari di bawah League of Legends), ia mungkin hanya akan muncul di halaman sokongan produk tersebut sahaja. Anda juga boleh mencari tiket asal dalam peti masuk e-mel anda.
- Sudah hantar laporan pemain? Tiket yang dihantar untuk melaporkan pemain lain mungkin akan ditutup secara automatik sejurus selepas ia dibuat. Ini memang prosesnya tetapi kami pasti akan menyemak laporan anda.
- Sedang cuba mencari tiket lama? Tiket sokongan yang lebih lama mungkin telah diarkibkan atau dipadamkan secara kekal. Setelah ini berlaku, tiket tersebut tidak lagi boleh diakses oleh pemain atau Sokongan Pemain.
Masih menghadapi masalah?
Jika anda telah mengikuti senarai semak di atas tetapi masih tidak dapat menemui tiket anda, hantarkan tiket baru kepada kami! Sertakan sebanyak mungkin maklumat tentang tiket yang hilang, seperti alamat e-mel yang anda gunakan, permainan atau produk yang anda pilih, anggaran masa tiket itu dibuat, dan Sokongan Pemain akan cuba mencarinya untuk anda.
