Jika anda melihat "Gagal Dilancarkan" dan/atau "Sesuatu Yang Luar Biasa Berlaku" semasa cuba memulakan atau mengemas kini permainan Riot, ini biasanya bermakna ada sesuatu yang menghalang permainan daripada dilancarkan dengan betul pada PC anda.

Tangkapan Skrin Ralat "Gagal Dilancarkan" / "Perkara Tidak Dijangka Berlaku"

image (20).pngsomething unusual happened error.png

Ini boleh berlaku disebabkan oleh::

  • Fail permainan rosak
  • Pemasangan yang tidak lengkap atau sudah lapuk
  • Isu Pemacu
  • Program latar belakang yang mengganggu permainan

Berikut ialah beberapa langkah yang boleh membantu menyelesaikan isu ini.

Nyahaktifkan DevOverrideEnable dalam Windows Registry

Penting

Mengedit Windows Registry boleh menyebabkan ketidakstabilan sistem jika dilakukan dengan tidak betul. Sila ikut arahan ini dengan tepat dan hanya ubah nilai yang dinyatakan sahaja. Jika anda tidak selesa untuk melakukannya, kami mengesyorkan agar anda meminta bantuan daripada pakar komputer sebelum meneruskan.

Vanguard menghendaki DevOverrideEnable agar dinyahdayakan kerana tetapan ini boleh mengganggu semakan integriti sistem dan mungkin menghalang Riot Client daripada dipasang, dikemas kini atau melancarkan permainan.

Ikut langkah dalam artikel ini untuk memastikan DevOverrideEnable ditetapkan kepada 0 dalam Windows Registry anda: Penyahaktfian DevOverrideEnable dalam Windows Registry Editor

Lakukan But Bersih

Membersihkan proses latar belakang boleh memastikan program lain tidak bersaing dengan permainan anda untuk merebut kapasiti prestasi. 

Kami ada panduan yang dapat membantu anda: Cara Melaksanakan But Bersih

Tambah pengecualian dalam Firewall anda

Lihat artikel Panduan Penyelesaian Masalah Sambungan (PC) kami untuk langkah terperinci tentang cara menambah pengecualian untuk permainan dan Riot Client.

Jika anda menggunakan antivirus pihak ketiga, matikan secara sementara untuk melihat sama ada masalah masih berterusan.

Kemas kini pemacu kad grafik anda

Tidak pasti langkah yang perlu diambil? Rujuk panduan kami tentang Mengemas kini Pemacu Kad Grafik untuk bantuan terperinci.

Pasang semula permainan dan Vanguard

Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah, ikut panduan kami tentang cara untuk memasang semula permainan dan Vanguard.