Jika masalah anda seperti ini:
- Saya mahu memadamkan akaun Riot sepenuhnya
- Saya mahu berhenti bermain permainan ini secara kekal
- Saya mahu memadamkan permainan ini dan akaun saya.
Penyelesaian
Pemadaman akaun akan memadamkan semua maklumat peribadi yang berkaitan dengan akaun anda secara kekal. Anda tidak akan dapat mengakses akaun itu lagi, dan setelah akaun dipadam, tiada cara untuk mengembalikannya.
Tak pasti sama ada memadam akaun anda ialah pilihan yang anda mahukan? Anda boleh cuba menyahaktifkan akaun anda. Pergi ke artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Jika anda pasti mahu memadam akaun anda, anda boleh menggunakan Portal Pemadaman Akaun untuk menyelesaikan proses ini dengan hanya beberapa klik. Notis Privasi kami akan memberi anda semua maklumat tentang cara data anda dikendalikan semasa pemadaman akaun.
Jika anda ingin membuat permintaan data untuk akaun anda, pastikan anda melakukannya sebelum memadamkannya. Ikut sahaja panduan kami pada Meminta Data Akaun Anda. Begitu juga, jika anda ingin memohon sebarang pemulangan, pastikan anda berbuat demikian sebelum menghantar permintaan pemadaman anda.
Masa Pemprosesan 30 Hari
Selepas akaun anda menunggu giliran untuk pemadaman, anda mempunyai 30 hari untuk mengubah fikiran. Jika anda tidak memberitahu kami bahawa anda ingin menghentikan proses ini, akaun anda akan dipadam sepenuhnya dan akaun anda tidak akan dapat dipulihkan. Apabila membatalkan permintaan pemadaman, anda perlu memberi kami notis sebelum tamat masa supaya ejen Sokongan Pemain kami ada masa untuk memproses permintaan anda. Selepas pemadaman dimuktamadkan, nama pengguna, ID Riot, dan alamat e-mel anda semuanya boleh digunakan untuk akaun baharu. Ini bermakna anda, dan sesiapa sahaja, boleh menggunakan nama pengguna atau ID Riot lama anda.
Masih menghadapi masalah?
Anda juga boleh menghantar tiket bersama maklumat berikut untuk meminta pemadaman akaun anda menggunakan borang Pengurusan Akaun, Permintaan Data atau > Pemadaman Akaun dan isi maklumat berikut:
- Nama Pengguna (nama yang anda gunakan untuk log masuk ke Riot Client)
- ID Riot (cara anda dilihat dalam permainan)
- Pelayan yang anda gunakan semasa bermain
- Tarikh penciptaan akaun
- Lokasi anda mendaftarkan akaun tersebut (Bandar, Negara)
- Alamat e-mel yang mula-mula digunakan untuk mendaftar akaun anda
Jika anda tidak dapat memberikan semua maklumat di atas, kami mungkin perlu bertanya beberapa soalan tambahan kepada anda untuk mengesahkan pemilikan. Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan semua akaun.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang amalan privasi kami, sila hantarkan kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dpo@riotgames.com.
