Jika masalah anda seperti ini:
- Peperiksaan saya akan tiba tidak lama lagi dan saya perlu belajar, tapi saya tak boleh berhenti bermain permainan
- Saya dah penat dengan sistem pemadanan ini
- Boleh tak bantu menyahaktifkan akaun saya buat sementara waktu?
Penyelesaian
Untuk nyahaktifkan akaun anda, log masuk ke portal ini untuk meneruskan. Kami mengesyorkan agar anda memadam sebarang maklumat pembayaran daripada akaun anda sebelum kami menyahaktifkannya.
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan alat ini, maklumkan kepada kami dengan menghantar tiket kepada Sokongan Pemain dan kami akan membantu anda.
Perkara yang Berlaku Apabila Anda Nyahaktifkan
Akaun anda tidak akan dipadam hanya kerana tidak aktif, kecuali ia telah dimainkan kurang daripada 20 jam dan memenuhi kriteria lain yang disenaraikan dalam artikel proses pembersihan akaun tidak aktif kami.
Penyahaktifan akaun akan mengehadkan akses ke akaun anda, tetapi semua data akaun anda akan kekal tidak berubah. Tiada sesiapa yang boleh log masuk ke akaun tersebut semasa akaun dinyahaktifkan, dan maklumat anda akan kekal dalam pangkalan data kami. Proses ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas permintaan anda. Sila ambil perhatian bahawa penyahaktifan akaun TIDAK menghalang rank anda daripada merosot.
