Anda mungkin tahu nama itu tidak sesuai apabila anda melihatnya (atau memikirkannya). Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang sebegitu, kami akan maklumkan untuk ia dinamakan semula. Sekiranya anda ternampak, laporkannya selepas permainan anda. Sekiranya anda tidak pasti, Hantar Tiket di bawah dan kami akan menyemaknya. Berikut ialah senarai kasar perkara yang kami anggap tidak sesuai:

  • Ucapan kebencian, menyinggung perasaan, mudarat, keganasan atau gangguan yang tersirat atau terang-terangan terhadap individu atau kumpulan identiti (cth. budaya, kaum, jantina, sosial, agama, politik, kebangsaan dan sebagainya)
  • Secara eksplisit menyerang perjuangan sosial atau pandangan politik
  • Kandungan seksual yang ganas, menjelikkan, jenayah atau lucah
  • Kata-kata kasar dan merujuk kepada dadah keras atau perkara bawah umur yang menyalahi undang-undang

Kesalahan ini akan diberikan tanda amaran dalam Nama Summoner, ID Riot dan sebarang teks boleh disesuaikan lain yang boleh dilihat oleh pemain lain atau oleh Ejen Sokongan Pemain.

Peringatan: Hanya kerana anda tidak tersinggung dengan sesuatu nama, tidak bermakna ia sesuai atau tidak menyinggungkan. Rujukan, jenaka dan permainan kata-kata adalah bagus, tetapi sekiranya terdapat bahasa menyinggung perasaan yang tersirat, kami akan memberi tanda amaran. Sekiranya kami menukar nama anda dan anda rasa ia tidak menyinggung perasaan, beritahu kami, dan kami akan berbincang tentangnya.

Sekiranya kami memerlukan anda menukar Nama Summoner atau ID Riot anda, pastikan anda memilih dengan bijak! Laporan yang berulang akan mengakibatkan penalti sama ada kepada akaun anda atau kehormatan anda, jadi pastikan anda memilih Nama Summoner dan ID Riot yang sesuai.

Apakah perbezaan antara Nama Pengguna, ID Riot dan Nama Summoner saya?

Nama Pengguna anda ialah nama yang anda gunakan untuk log masuk ke akaun anda, di laman web dan klien. Tiada siapa yang dapat melihat nama ini kecuali anda (baiklah, anda dan Ejen Sokongan Pemain), dan oleh itu adalah penting untuk merahsiakan perkara ini. Nama Pengguna Log Masuk anda mestilah unik secara global, bermakna andalah satu-satunya di dunia dengan nama itu. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang nama pengguna, lihat artikel ini.

Nama Summoner dan ID Riot anda ialah nama yang rakan anda akan lihat dalam permainan. Ini ialah nama paparan yang anda akan dikenali pada skrin dan dalam senarai rakan. Tidak seperti nama pengguna log masuk anda, Nama Summoner atau ID Riot anda boleh ditukar. Perubahan pada nama paparan anda tidak akan memberi kesan kepada nama pengguna anda atau cara anda log masuk.

Bagaimanakah cara saya menukar Nama Summoner atau ID Riot saya?

  • Nama Summoner boleh ditukar pada harga 1300 RP atau 13,900 BE.

    Sila ambil perhatian bahawa sebarang nama yang dianggap menyinggung perasaan akan diubah oleh Sokongan Pemain dengan tanpa bayaran balik.

    Di manakah boleh saya membeli pertukaran Nama Summoner?
    Anda boleh membeli pertukaran nama dalam klien permainan League of Legends dengan mengklik butang Akaun di bahagian atas sebelah kanan Kedai.
    account.jpg
    Bolehkah saya menukar jarak atau huruf besar Nama Summoner saya secara percuma?

    Ya! Sebagai pengecualian sekali sahaja, anda boleh menukar jarak dan huruf besar pada Nama Summoner anda tanpa perlu membeli pertukaran Nama Summoner. Sebagai contoh, anda boleh menukar nama anda daripada "nancymon" kepada "nancy mon" atau "Nancymon" secara percuma. Untuk melakukan ini, hantarkan kami tiket kepada Pengurusan Akaun dengan tajuk subjek berikut:

    SUBJEK: Pertukaran Nama Summoner

    Beritahu kami bahagian yang anda mahu jarakkan dan berikan huruf besar. (Contohnya: “nancymon” kepada “nancy mon” atau “Nancymon”)
    Kami tidak boleh melakukan perubahan percuma selain perubahan jarak dan huruf besar.
    Saya mempunyai berbilang akaun - Bolehkah saya menukar Nama Summoner mereka?
    Kami boleh menukar Nama Summoner antara akaun secara manual, tetapi hanya jika anda mempunyai 1300 RP atau 13,900 BE yang diperlukan dalam akaun utama anda untuk membayar pemindahan ini. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menukar Nama Summoner yang berada pada pelayan yang sama.

    Sekiranya anda ingin menukar nama Summoner anda daripada satu akaun anda kepada akaun yang lain, sila Hantar Tiket di bawah dengan subjek "Pertukaran Nama Summoner" dan hantarkan kepada kami maklumat berikut untuk kedua-dua akaun anda:

    SUBJEK: Pertukaran Nama Summoner

    AKAUN SATU

    • Nama Akaun Riot anda (Nama yang anda gunakan untuk log masuk ke permainan)
    • Nama Summoner anda (Nama yang dilihat pemain lain dalam permainan)
    • Pelayan tempat anda bermain (NA, EU West atau EU Nordic & East)
    • E-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun tersebut:

    AKAUN DUA

    • Nama Akaun Riot anda (Nama yang anda gunakan untuk log masuk ke permainan)
    • Nama Summoner anda (Nama yang dilihat pemain lain dalam permainan)
    • Pelayan tempat anda bermain (NA, EU West atau EU Nordic & East)
    • E-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun tersebut:
    Akhir sekali, beritahu kami akaun yang anda mahu kami tolak RP atau BE.
  • ID Riot boleh ditukar secara percuma setiap 30 hari di https://account.riotgames.com/
  • Nama pengguna (nama log masuk) tidak boleh diubah. Sekiranya anda merasakan anda mempunyai kes yang luar biasa untuk pengecualian sekali sahaja, hubungi Sokongan Pemain, tetapi harap maklum bahawa mereka biasanya tidak akan mampu mengubahnya.

Apakah yang akan berlaku kepada senarai rakan saya?

Anda akan kekal dalam semua senarai rakan anda di bawah nama paparan baharu anda. Pastikan anda memberitahu rakan anda bahawa anda telah menukar nama anda!

Apakah peraturan asas untuk Nama Summoner dan ID Riot?

  • Semua nama paparan mestilah sesuai dan mematuhi Syarat Penggunaan. Terdapat tapis yang akan menghapuskan kebanyakan nama atau nama-nama yang tidak sesuai yang termasuk kata-kata kasar, tetapi akhirnya terpulang kepada anda untuk memilih nama yang boleh diterima.
  • Panjang nama mestilah sekurang-kurangnya 3 aksara dan tidak melebihi 16 aksara.
  • Nama pemain tidak boleh mengandungi perkataan "Riot" di dalamnya. (Ini termasuk variasi seperti RÍot.)
  • Nama anda tidak seharusnya mengandungi maklumat pengenalan peribadi (seperti nama atau alamat sebenar anda). Sekiranya sesuatu nama didapati mengandungi maklumat ini, ia mungkin tertakluk pada perubahan oleh Riot.
  • Percubaan untuk menyamar atau berpura-pura menjadi profesional e-Sukan tidak boleh diterima, walaupun sistem membenarkan nama ini dipilih. Sekiranya ditemui, nama ini boleh ditukar.

Apakah yang akan terjadi pada nama saya jika saya tidak log masuk untuk masa yang lama??

Semua akaun anda adalah selamat jika anda tidak log masuk untuk masa yang lama (walaupun kedudukan League anda akan merosot), tetapi akaun anda akan ditanda apabila tidak aktif dalam tempoh yang berpanjangan.