Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah (GDPR) mempengaruhi cara permainan digital dan syarikat seperti Riot memproses data pengguna bagi pemain bawah umur kelayakan setiap negara. Halaman ini secara khusus menjawab soalan yang mungkin anda ada tentang akaun League of Legends anak anda dan perkara yang perlu anda lakukan untuk memberikan akses berterusan kepada mereka. Jika anda berminat untuk mengetahui cara kami mengendalikan data pengguna secara keseluruhan, sila lihat Dasar Privasi kami.
Anda sepatutnya menerima e-mel daripada Riot Games yang meminta anda mengakui penggunaan akaun League of Legends anak anda. Jika anda tidak mempunyai pertanyaan lanjut, balas e-mel itu dan anak anda akan terus bermain seperti biasa. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang ingin anda bincangkan yang tidak diliputi di sini, lengkapkan borang pada Soalan Lazim dan Hubungan Ibu Bapa Pemain Bawah Umur dan kami sudi menjawab sebarang pertanyaan anda.
Soalan lazim:
Apakah itu League of Legends?
League of Legends ialah permainan dalam talian yang kompetitif dan berorientasikan pasukan. Anda boleh menonton video ini (Bahasa Inggeris sahaja) untuk mendapatkan kefahaman pantas.
Apakah jenis pembelian dalam permainan yang merupakan sebahagian daripada League of Legends?
Pemain boleh mendapatkan kandungan dan mata wang dalam permainan dengan bermain permainan. Mereka juga boleh membeli Riot Points (RP) menggunakan mata wang dunia sebenar, yang boleh digunakan untuk membeli watak dan barangan kosmetik. RP hanya boleh dibeli menggunakan kad kredit atau dengan menebus kad prabayar.
Siapakah yang boleh bercakap dengan anak saya dalam League of Legends?
League of Legends mempunyai klien dan aplikasi telefon yang membolehkan pemain menghantar teks sembang dengan pemain lain yang telah mereka tambahkan pada senarai rakan mereka. Pemain boleh berkomunikasi antara satu sama lain semasa permainan dalam bilik sembang kumpulan, yang boleh dihadkan kepada pemain dalam pasukan mereka sahaja. Terdapat juga sembang suara yang diaktifkan apabila pemain ialah sebahagian daripada pasukan diprabuat.
Saya tidak dapat menemukan e-mel yang dihantar oleh anak saya kepada saya.
Minta anak anda mendaftar masuk ke parents.riotgames.com dan menghantar e-mel lain ke alamat anda.
Apakah kawalan yang saya ada terhadap akaun anak saya?
Sehingga anak anda mencapai umur kelayakan di negara anda, anda boleh menukar maklumat pada akaun atau menyekat akses kepada akaun tersebut. Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta untuk memberikan nama pengguna dan pelayan anak anda serta permintaan mestilah dihantar daripada alamat e-mel yang anda gunakan untuk memberikan kebenaran kepada anak anda.
Saya ingin tahu maklumat yang anda ada tentang anak saya daripada akaun League of Legends mereka.
Untuk melindungi data ini dengan lebih baik, kami hanya berkongsi dengan pembuat akaun yang asal. Bekerjasama dengan anak anda untuk menghantar tiket sokongan kepada kami. Selepas mengesahkan bahawa anak anda ialah pembuat akaun yang asal, kami boleh berkongsi maklumat yang anda perlukan. Terdapat tempoh menunggu selama 30 hari untuk memproses permintaan ini.
Saya ingin menukar maklumat atau alamat e-mel yang telah saya pautkan kepada akaun anak saya.
Untuk menukar alamat e-mel yang dipautkan, sila hantar tiket kepada kami (Apabila digesa oleh menu lungsur, pilih "Saya memerlukan bantuan untuk memulihkan akaun saya", dan hanya isi medan "Subjek" dan "Perihalan"). Setelah mengesahkan bahawa anda ialah ibu/bapa pencipta akaun, kami akan dapat menukar alamat e-mel anda serta membuat sebarang pengeditan yang diperlukan pada akaun anak anda.
Anak saya berumur di bawah umur kelayakan dan bermain permainan anda tetapi saya tidak pernah menerima e-mel tentang perkara ini.
Hal ini kerana sama ada kerana anak anda menggunakan tarikh lahir yang tidak tepat atau kerana mereka tidak menggunakan alamat e-mel anda semasa membuat akaun mereka. Bekerjasama dengan anak anda untuk meminta mereka menghantar tiket dengan maklumat yang perlu dikemas kini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka.
