Lidah yang suka menjelir. Bentuk hati di bahagian perut. Misai yang agak comel. Banyak lagi sebab untuk anda menyukai poro. Si bulu ini bukan hanya untuk melenggang kaki sahaja—bukan! Mereka juga teruja untuk membalas kasih sayang anda dengan pelbagai ganjaran.

Apakah itu Poro Coin?

Poro Coin ialah mata wang unik dalam Wild Rift! Anda boleh menggunakannya untuk membeli item baharu yang menarik dalam Kedai Poro, seperti…

Lagak Gaya Berpusing

Apabila melakukan lagak gaya, tiada siapa yang dapat menandingi poro! 

Poro akan menyusun satu set gaya baharu untuk membantu anda bergaya di Wild Rift setiap bulan, pastikan anda singah selepas anda memperoleh Poro Coin yang mencukupi!

Tidak nampak gaya yang anda suka? Poro boleh uruskan! Oleh sebab anda juga boleh mendapatkan...

Peti Poro

Gaya akan datang dan pergi, tetapi Peti Poro sentiasa akan dijual! Lebih baik lagi, terdapat pelbagai barangan yang anda boleh dapat daripada peti! Perhiasan, ikon, emote, recall… Dan yang paling menarik: anda takkan pernah mendapat kosmetik yang sama dua kali.

Dan banyak lagi…

Anda juga boleh membeli emote, Ikon, Pengimbas dan Token Guild, selain menukar untuk Condensed Mote.

Bagaimana saya boleh mendapatkan Poro Coin?

Buat masa ini, anda tidak lagi boleh memperoleh Poro Coin dalam permainan. Namun, jika anda masih mempunyai baki, anda masih boleh menukarkannya di Kedai Poro. Untuk melihat jumlah yang anda ada, lihat nombor di bahagian atas skrin, sebelah simbol berputar yang dipaparkan di atas. Gunakan mata wang ini dengan bijak!

Apakah itu Condensed Ore?

Poro sangat SUKA menerima Poro Coin. Sangat suka sehinggakan mereka memberikan ganjaran kepada pemain Condensed Ore bagi setiap Poro Coin yang anda belanjakan pada nisbah 1:1. Satu Poro Coin yang dibelanjakan bersamaan satu Condensed Ore diperoleh, yang akan terus masuk ke meter Condensed Ore anda. Sebagai tambahan, Condensed Ore boleh ditukar kepada Condensed Mote pada nisbah 1:1. Gunakan Condensed Mote untuk menebus ganjaran di Kedai Penebusan Collected Legends.

Setelah meter Condensed Ore anda dipenuhkan, anda boleh menuntut Peti Skin Rawak Kedai Poro SECARA PERCUMA! Seperti peringkat "comel" poro kami, skin boleh mencapai sehingga peringkat epic. Lebih baik lagi, ada peluang kecil Peti Poro juga akan mengandungi sedikit Condensed Ore tambahan, bantulah diri anda dan kunjungi poro berharga ini!