Blue Mote, XP akaun, masteri champion… Menang atau kalah, anda akan mendapat sesuatu daripada setiap permainan League of Legends: Wild Rift. Jadi apa kata anda dapatkan lebih banyak lagi ganjaran dengan Wild Pass?
Tarikh Pas Semasa

Wild Pass akan tersedia pada tarikh ini:
Wild Pass | Movie Director Ryze
Tamat - 28 Ogos 2026 // 7:59 pagi GMT+8*
Wild Pass (Mini) | Cosmic Sting Skarner
Tamat - 22 September 2026 // 7:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan masa tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Setiap Pass akan berlangsung selama tempoh yang ditetapkan dan anda boleh menyemak di sini atau dalam permainan. Terlambat? Jangan risau! Banyak ganjaran Wild Pass yang dapat diperoleh walaupun dah nak sampai ke penghujung atau anda boleh tunggu Wild Pass yang seterusnya!
Tapi sebelum itu. Soalan yang patut ditanya...
Apakah itu Wild Rift Pass?
Cara mudahnya, setiap Pass ialah peluang untuk pemain mendapatkan kandungan tambahan dengan bermain permainan. Pass mempunyai jejak leveling dan ganjarannya tersendiri, termasuk kandungan seperti mata wang, emote dan satu pilihan daripada tiga skin Wild Pass yang ditampilkan. Bermula dengan Patch 7.2, pemain boleh memilih antara skin Wild Pass semasa dan dua skin Wild Pass yang kembali dari musim-musim terdahulu. Perkara yang sama turut terpakai untuk Mini Pass, yang juga menawarkan pilihan antara tiga skin Mini Pass terpilih.
Terdapat dua jenis pas yang berbeza: Wild Pass biasa dan Mini Pass. Kedua-dua pas ini hampir sama (seperti yang anda boleh lihat di bawah), tetapi Mini Pass bertahan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Selain itu, pembelian Wild Pass akan memberi anda keupayaan untuk memperoleh item yang mengurangkan kos Mini Pass yang berikut.
Setiap kali Pass baharu bermula, semua pemain akan mendapat XP secara automatik apabila mengaktifkan ganjaran mereka. Anda tak perlu bersusah payah!
Apakah yang disertakan dalam Pass?
Banyak benda!
Tapi apa kata kita mulakan dengan asasnya. Anda akan naik level Pass dengan mendapatkan XP Pass, yang boleh dilakukan dengan beberapa cara. Seperti mengambil...
Misi Pas
Majulah dalam Pass anda dengan tiga jenis misi yang berbeza!
Misi Harian
Sama ada anda seorang pemain Ranked atau peminat ARAM, anda akan dapat maju melalui Pass anda hanya dengan masuk queue untuk mana-mana mod permainan kegemaran anda, bahkan Co-op vs. AI—dengan satu bonus untuk kemenangan!
| Mod Permainan | Pass XP seminit (Menang/Defeat) |
|---|---|
| Normal / Ranked / Legendary Queue | +4 / +3 |
| Semua Mod Pengembaraan | +3 / +2 |
| Co-op vs. AI | +1 / +1 |
Sila ingat bahawa Misi Harian mempunyai had XP mingguan. Jika anda ingin mendapatkan lagi, anda perlu menunggu sehingga ia ditetapkan semula pada 8:00 AM pagi GMT+8 setiap hari Isnin.
Misi Mingguan
Wild Pass memberi semua pemain 10 misi setiap minggu, manakala Mini Pass memberi 6 misi setiap minggu. Misi diberikan pada hari Isnin pada pukul 8:00 pagi GMT+8hingga Wild Pass luput. Misi ni memaparkan pelbagai jenis pilihan objektif yang semudah meletakkan ward atau mencabar seperti mendapatkan double kill atau triple kill.
Dan jangan risau—walaupun misi dibahagikan setiap minggu tak bermakna korang kena selesaikan terus. Misi mingguan kekal dalam queue anda hingga sama ada A) anda selesaikannya, atau B) kumpul sampai 3 minggu misi mingguan, di mana anda boleh menghabiskan salah satu daripada minggu semasa untuk aktifkan misi baharu.
Kad Langkau Misi
Menghadapi masalah semasa menyelesaikan sesuatu misi? Langkau sahaja!
Kad Langkau Misi adalah salah satu daripada banyak ganjaran yang anda akan peroleh dengan maju melalui Wild Pass. Anda boleh menggunakan kad tersebut untuk melangkau Misi Mingguan (dan hanya Misi Mingguan) dengan memilih ikon Langkau di sebelah misi, yang akan menyelesaikan misi tersebut dan memberikan ganjarannya. Jika anda ingin menyemak jumlah kad yang dimiliki atau waktu tamat tempoh kad tersebut (gunakan kad selagi boleh!), anda boleh menemukan kad tersebut di bahagian Ganjaran pada Koleksi anda.
Cabaran Bermusim
Cabaran Bermusim memberikan XP Pass berdasarkan jumlah statistik anda sepanjang musim. Termasuklah matlamat mudah seperti mengenakan damage, membunuh monster dan mendapatkan gold. Selesaikan objektif untuk mendapatkan sejumlah XP Pass dan mengaktifkan milestone berikut, yang akan mencabar anda untuk mencapai lebih banyak kejayaan untuk XP Pass tambahan. Anda tidak akan mendapat ganjaran tambahan selepas melengkapkan kesemua lima milestone, tetapi kemajuan anda akan terus dijejaki.
Enam Misi Bermusim pertama disertakan dalam Pass standard dan tersedia untuk semua pemain, tetapi jika anda ingin mengaktifkan yang lain, anda perlu merebut Pass Premium!
Dapatkan XP Pass secukupnya melalui misi ini dan anda akan naik tahap! Naik level, lepas itu anda akan mula mendapat...
Ganjaran Pas Percuma
Wild Pass menawarkan ganjaran percuma pada setiap level Wild Pass daripada 1 hingga 50, sementara Mini Pass memberikan ganjaran percuma pada setiap level Mini Pass daripada 1 hingga 20. Secara umumnya, anda boleh mendapat beberapa hadiah ini hanya dengan bermain beberapa permainan setiap minggu, jadi jangan lupa untuk menyemak Wild Pass anda dengan kerap bagi menuntut hasil usaha masing-masing!
Dengan semua ganjaran percuma itu, korang mungkin tertanya-tanya apa gunanya naik taraf. Anda pasti terkejut nanti...
Ganjaran Pas Premium
Dengan hanya 415 Wild Core untuk Wild Pass dan 380 Wild Core untuk Mini Pass, anda boleh menaik taraf kepada pas premium dan mendapat lebih banyak ganjaran! Anda bukan sahaja akan memperoleh semua hadiah daripada pas percuma, malah anda juga akan mendapat hadiah lain pada setiap level dari 1 hingga 120 dalam Wild Pass dan daripada level 1 hingga 30 dalam Mini Pass! Itu termasuklah ganjaran Pass yang anda aktifkan sebelum ni, jadi anda boleh menaik taraf pada bila-bila masa.
Bermula dengan Patch 7.2, kedua-dua ganjaran skin Wild Pass dan Mini Pass membolehkan anda memilih antara skin pilihan semasa atau dua skin Wild Pass yang kembali. Pilihan yang sama juga terpakai untuk augments skin yang sepadan.
Pass Premium juga mengaktifkan Cabaran Bermusim tambahan dan item tertentu dalam Pass Emporium.
Pass Elite
Wild Pass Premium datang bersama dengan banyak barangan menarik, tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai masa untuk bermain? Anda bertuah kerana pada harga 990 Wild Core, Pass Elite menyertakan semua manfaat Wild Pass Premium, bersama-sama beberapa ciri istimewa untuk membantu anda maju melalui pas anda dengan kelajuan seakan Rammus—seperti melengkapkan level dengan segera (Wild Pass sahaja) dan mendapat Peti Skin Pilihan Peranan!
Dapatkan 20 Level
Betul itu! Anda akan mendapat 20 level Wild Pass dengan segera apabila membeli Wild Pass Elite, mempercepat perjalanan anda ke atas dan memberikan semua ganjaran level yang dilangkau pada masa yang sama. Ingat bahawa bonus ini hanya tersedia untuk Wild Pass. Apabila bercakap tentang Mini Pass, anda perlu memperoleh tahap tersebut.
Mini Pass Elite
Mini Pass Elite biasanya datang dengan ganjaran unik yang tersendiri, seperti chroma, yang boleh anda semak dalam pelanggan sebelum membuat pembelian anda.
Dapatkan satu Peti Skin Pilihan Peranan!
Pembelian Pass Elite akan menukar ganjaran level 1 anda daripada Peti Skin Rawak kepada Peti Skin Pilihan Peranan, yang memberikan satu skin rawak daripada posisi pilihan anda. Hal ini merupakan cara yang bagus untuk meningkatkan kebarangkalian mendapatkan skin untuk champion yang telah anda gunakan atau mungkin akan diperoleh pada masa hadapan!
Tetapi ingat—memandangkan peningkatan ini menukar ganjaran level 1 Premium, pemain yang telah membeli Pass Premium sebelum ini dan telah menebus Peti Skin Rawak tidak akan mendapat Peti Skin Pilihan Peranan! Jadi, jika anda tidak pasti sama ada anda akan meningkatkan pas anda daripada Premium kepada Elite, elaklah daripada menuntut ganjaran pertama anda.
Bundle Wild Pass dan Mini Pass
Bundle 1380 WC termasuk versi Elite bagi kedua-dua Wild Pass dan Mini Pass. Ia menyediakan semua ganjaran daripada Wild Pass Elite dan Mini Pass (sebaik sahaja Mini Pass tersedia) dan juga memberikan akses segera kepada skin Mini Wild Pass.
Trek Ganjaran yang Kembali
Trek Ganjaran yang Kembali boleh dibuka kunci secara berasingan tanpa memerlukan pembelian Wild Pass. Berbilang trek boleh dibuka kunci secara serentak dan setiap trek menampilkan skin Mini Wild Pass popular yang lalu dan kembali untuk masa terhad. Trek Ganjaran yang Kembali berkongsi kemajuan tahap yang sama seperti trek Wild Pass utama semasa, apabila tahap Wild Pass anda semakin maju, anda juga akan mengusahakan Trek Ganjaran yang Kembali secara serentak.
Wild Pass Trove
Wild Pass Trove sudah tiba untuk memanjakan anda dengan lebih banyak ganjaran! Setiap cabutan berharga 35 Wild Star dan menjamin 150 Condensed Ore. Setiap cabutan juga mungkin mengandungi Blue Mote, Condensed Ore tambahan dan sebiji ceri di atas longgokan ganjaran–Harta Karun Movie Director Ryze. Harta ini termasuk Ensign Pertempuran dan skin Wild Pass yang kembali pilihan anda. Harta Karun Movie Director Ryze dijamin selepas 14 cabutan. Wild Star boleh diperoleh melalui Wild Pass atau dibeli terus dan jika anda tidak berjaya menggunakan semua Wild Star anda, ia akan ditukar kepada Blue Mote secara automatik selepas event berakhir.
Kadar Perolehan
Peti SkinIkon Emote Emblem| Item | Kadar Perolehan / Cabutan Dijamin (jika berkenaan) |
|---|---|
| Movie Director Ryze | Kadar perolehan 0.10% / dijamin selepas 14 cabutan |
| Master of Light and Shadow | kadar perolehan 5.00%; sebahagian daripada kumpulan 3 item (dengan Follow My Lead dan The Unbroken Faith); dijamin satu daripada tiga ini untuk setiap 4 cabutan |
| Follow My Lead | kadar perolehan 5.00%; jaminan kumpulan 4-cabutan yang sama |
| The Unbroken Faith | kadar perolehan 5.00%; jaminan kumpulan 4-cabutan yang sama |
Animasi Recall
| ~0.58-0.64% setiap satu |
Gaya
| 0.70% setiap satu |
Emote
| 0.77% setiap satu |
| Skrin Pemuatan / Bingkai Skin / Ikon / Bingkai Ikon / Emblem | ~0.77-0.83% setiap satu |
| 10 Wild Star | 9% |
| 8% |
| 500 Condensed Ore | 3% |
Wild Pass Emporium
Sama seperti Kedai Ranked dan Kedai Poro Coin, Wild Pass kini mempunyai etalase sendiri untuk membantu anda menyesuaikan lagi ganjaran anda! Beginilah cara event ini berfungsi:
Wild Star
Wild Star diberikan pada tahap Wild Pass Premium yang tertentu. Mata wang ini boleh ditukar untuk kandungan Emporium Wild Pass yang hebat (kadangkala eksklusif!), memberi anda sebab untuk melengkapkan Pas ini!
Sama seperti level Wild Pass, Wild Star boleh dibeli sendiri jika anda kekurangan sesuatu item dan tidak mempunyai masa/level untuk mendapatkan lebih banyak Wild Star. Ambil perhatian bahawa sesetengah kandungan dalam Wild Pass Emporium hanya tersedia untuk pemegang Wild Pass Premium, jadi sahkan ketersediaan item yang anda inginkan sebelum anda membeli Wild Star untuknya!
Wild Star terikat dengan Wild Pass yang telah memperolehnya, jadi Wild Star akan hilang daripada inventori anda apabila musim Wild Pass baharu bermula. Tetapi jangan risau jika anda mempunyai sedikit baki—ia akan bertukar secara automatik menjadi Blue Mote dan dihantar ke akaun anda!
Augmen Skin Eksklusif
Setiap Wild Pass menampilkan augmen skin eksklusif Pass yang boleh anda buka kunci dengan meningkatkan tahap Wild Pass.
Pastikan untuk mendapatkannya selagi anda boleh, kerana setiap augment skin terikat dengan musim Wild Pass semasa, dan akan hilang bersama dengan Wild Pass itu sendiri.
Bolehkah saya membeli level Wild Pass?
Sudah tentu!
Sama ada anda cuba untuk mendapatkan kandungan utama sebelum Wild Pass luput atau tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang seterusnya, anda boleh membayar 150 Wild Core setiap level untuk memecut melalui Wild Pass anda.
Berapakah tempoh masa yang saya ada untuk menuntut ganjaran Wild Pass?
Setiap Wild Pass bertahan selama tempoh yang ditetapkan. Sebaik sahaja Pass luput, ganjarannya turut luput! Sebab itulah kami mengesyorkan agar anda semua melawat halaman Wild Pass setiap kali anda boleh menuntut semua ganjaran yang telah diperoleh. Kami telah menyertakan butang Tuntut Semua untuk mempercepatkan proses1
Saya telah membeli Wild Pass tetapi tidak mempunyai masa untuk mengaktifkan semua ganjaran. Bolehkah saya mendapat bayaran balik?
Oleh sebab Wild Pass menawarkan ganjaran yang terikat dengan aktiviti akaun anda, kedua-dua Wild Pass dan level Wild Pass tidak boleh dibayar balik.
.Kami mereka bentuk Wild Pass untuk memberikan pelbagai nilai kepada semua jenis pemain. Sama ada anda pahlawan hujung minggu ataupun pemain kerap Rift, ada banyak kandungan yang boleh anda aktifkan mengikut rentak sendiri.
Dengan itu, Wild Pass ni masih baru dan kitorang akan membuat pelarasan untuk keluaran yang seterusnya untuk meningkatkan nilai dan pengalaman korang semua. Kami hanya dapat membuka kunci potensi penuh melalui bantuan anda, jadi jangan teragak-agak untuk menghantar maklum balas dan pendapat!
