Memang betul—PATCH LATAR BELAKANG KINI TIBA! Kami mahu katakan "tandakan kalendar anda", tetapi dengan ciri baharu yang memudahkan ini, anda tidak perlu melakukannya lagi!

Kami pasti anda mempunyai soalan, jadi mari kami terus ke jawapannya:

Adakah patch latar belakang tersedia untuk semua permainan Riot?

Pada mulanya ciri ini hanya akan menyokong patch lengkap untuk VALORANT, bermula dari SEKARANG untuk penguji beta Klien Riot dengan pelancaran penuh pada bulan Mei 2023. League of Legends, Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra semuanya akan patch separa melalui Klien Riot, kemudian melengkapkan kemas kini mereka dalam klien permainan mereka sendiri.

Patch Latar Belakang akan menguruskan bahagian pertama untuk anda, tetapi kami perlu menandakan beberapa lagi kotak teknikal untuk patch kandungan permainan itu sendiri secara automatik. Tetapi jangan risau—itu merupakan perkara seterusnya dalam senarai kami!

Kami juga akan mengeluarkan Patch Latar Belakang untuk Windows terlebih dahulu dengan sokongan Mac yang akan datang pada kemudian hari.

Adakah saya perlu menjalankan Klien Riot untuk patch latar belakang berfungsi?

Ya betul! Walaupun anda boleh meminimumkan Klien Riot ke palang tugas untuk patch dengan menggunakan sumber sistem yang lagi sedikit, ia mesti dijalankan untuk mengemas kini permainan anda semasa anda AFK.

Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan/menyahaktifkan patch latar belakang?

Tekan ikon profil di penjuru kanan sebelah atas Klien Riot anda, pilih Setting dan tanda atau nyahtanda kotak bagi setiap permainan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan patch latar belakang.

Bolehkah saya menentukan permainan yang kekal terkini, atau waktu patcher boleh dijalankan?

Sudah tentu! Pergi sahaja ke setting untuk setiap permainan dalam Klien Riot dan pilih sama ada anda mahu mengaktifkan kemas kini automatik atau tidak.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai ruang cakera keras yang mencukupi untuk sesuatu patch?

Jika patcher mendapati megabait yang berharga itu tidak mencukupi untuk menjalankannya, ia akan menghantar mesej ralat kepada anda. Selepas anda mengosongkan sedikit ruang, anda boleh menunggu sehingga kitaran patch latar belakang automatik seterusnya untuk ia dimulakan semula (~60 minit), atau anda boleh menekan butang patch secara manual untuk meneruskannya sebaik sahaja anda selesai.

Saya ada soalan lain!

Perhatikan Soalan Lazim ini (bersama dengan Setting Klien Riot anda) untuk apa-apa kemas kini tambahan.