Jika menjalankan permainan Riot mencetuskan BSOD (Skrin Biru Kematian), maka mengumpulkan dan menyertakan Minidump bersama tiket anda mungkin dapat membantu kami menyelesaikan masalah anda dengan lebih cepat.
Minidump ialah versi yang lebih kecil bagi longgokan memori penuh yang mengandungi maklumat penting yang digunakan untuk mendiagnosis ranap sistem (Skrin Biru Kematian - BSOD) dan ralat kritikal yang lain. Minidump sangat berguna untuk nyahpepijat dan menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan Vanguard, serta potensi konflik antara Vanguard dengan komponen atau pemacu sistem lain dalam sistem anda.
Yang berikut ialah cara anda boleh mengumpulkan Minidump untuk disertakan dalam tiket anda:
Langkah 1: Semak untuk Minidump Sedia Ada
Penciptaan fail Minidump selalunya didayakan secara automatik, maka anda mungkin boleh hanya mengambil fail yang diperlukan (jika sudah wujud):
- Buka Penjelajah Fail dan navigasi ke folder yang berikut:
- C:\Windows\Minidump
- Cari fail dengan sambungan .dmp. Ini ialah fail minidump. Mereka biasanya dinamakan dengan format Mini<tarikh>_<masa>.dmp.
- Contoh : Mini111923-01.dmp sepadan dengan fail minidump yang dicipta pada 19 November 2023 pada 1:00 PG.
Jika anda tidak menjumpai sebarang fail .dmp, ini bermakna koleksi minidump tidak didayakan pada sistem anda. Ikut langkah di bawah untuk mendayakan koleksi minidump.
Langkah 2: Dayakan Koleksi Minidump
Jika minidump tidak dicipta secara automatik, anda perlu mendayakan pilihan Longgokan Memori Kecil dalam Tetapan Sistem Lanjutan:
- Klik butang Windows pada bar tugas anda (atau tekan butang Kunci Windows).
- Taip "Tetapan Sistem Lanjutan" dalam bar carian dan klik pada pilihan yang dipanggil Lihat tetapan sistem lanjutan.
- Dalam tetingkap Sifat Sistem, di bawah tab Lanjutan, klik pada butan Tetapan di bawah bahagian Permulaan dan Pemulihan.
- Dalam tetingkap Permulaan dan Pemulihan:
- Di bawah bahagian Tulis maklumat nyahpepijat, pilih Longgokan memori kecil (256 KB).
- Pastikan bahawa kotak semak Tulis event ke log sistem ditandakan.
- Medan Fail longgokan hendaklah ditetapkan secara automatik kepada %SystemRoot%\Minidump (atau C:\Windows\Minidump).
- Klik OK untuk menyimpan tetapan.
Langkah 3: Cetuskan semula Ranap atau BSOD (hanya jika tiada minidump dihasilkan sebelum ini)
Sebaik sahaja anda mengaktifkan koleksi minidump seperti yang diterangkan dalam Langkah 2, satu minidump akan dicipta secara automatik selepas sebarang ranap sistem atau Skrin Biru Kematian (BSOD). Walau bagaimanapun, jika tiada minidump telah dinjana atau anda mahu menguji proses pengumpulan, anda boleh mencetuskan semula ranap atau BSOD secara manual.
