tft-lny-art.jpg

Jika anda rasakan rentak Rumble Remix ini sangat mengasyikkan, maka bersiap sedialah untuk kembali ke masa lalu dengan Acara Lunar Festival 2024 Teamfight Tactic!

Jadual Acara Lunar Festival 2024 TFT

Mula - 25 Januari 2024 // 9:00 pagi GMT+8
Tamat - 21 Februari 2024 // 9:00 pagi GMT+8

Pas Acara Lunar Festival 2024 TFT dan mod permainan Set 3.5 Revival: Galaxies akan tersedia apabila acara bermula, jadi terokai kosmos dan tuntut ganjaran anda sebelum ia meletup menjadi debu bintang.

Mod Permainan Set 3.5 Revival: Galaxies

Kebolehan hebat Remix Rumble dalam memberi nafas baharu kepada lagu hit lama telah tersebar di seluruh Confluence, mengembalikan nostalgia kegemilangan Galaxies Stage II: Return to the Stars! Imbas kembali keseronokan bermain dengan mekanik kosmik klasik yang dipertingkatkan oleh ciri moden TFT dalam mod permainan masa terhad Set 3.5 Revival: Galaxies.

Time-Warped Tactician

Dapatkan tactician klasik ini sebelum mereka melompat masuk semula ke hiperangkasa setelah acara berakhir!

  • Lightcharger
  • Crystal Lightcharger
  • Sugarcone Lightcharger
  • Black Mist Lightcharger
  • High Noon Lightcharger

 

  • Nixie
  • Mermaid Nixie
  • Rosebloom Nixie
  • Extra Spicy Nixie
  • Vampire Nixie

 

  • (Original/Base) Bellswayer
  • Sugar Rush Bellswayer
  • Thunderstorm Bellswayer
  • Black Mist Bellswayer
  • Yuletide Bellswayer

Misi

Walaupun objektif sebenar anda adalah untuk menikmati Tahun Baru Cina, misi ini akan membantu anda mencapai matlamat dengan mendapatkan Ganjaran Pas Lunar Festival.

Misi pertama untuk setiap set tersedia di permulaan acara dengan misi seterusnya dibuka kunci satu setiap set pada setiap minggu. Misi perlu diselesaikan mengikut turutan dalam setiap set, tetapi kemajuan boleh dibuat pada semua set secara serentak.

Kebanyakan misi boleh diselesaikan dalam mana-mana mod permainan TFT, tetapi beberapa misi—yang ditandakan di bawah—memerlukan anda bermain Set 3.5 Revival: Galaxies.

Akhir sekali, misi-misi ini hanya terpakai pada Pas Lunar Festival, dan tidak dikira untuk Pas Remix Rumble Act 2. Anda masih boleh membuat kemajuan untuk kedua-dua pas serentak tetapi Pas XP Gold yang diperolehi dalam misi ini hanya akan membantu membuka kunci Kandungan Pas Lunar Festival yang disenaraikan di bawah halaman ini.

Set 1

MisiObjektifGanjaran
Year of the DragonMain satu perlawanan dalam Set 3.5 Revival: Galaxies1000 Pas XP Gold
Wishing Good HealthPulihkan 30,000 damage yang dikenakan pada champion1000 Pas XP Gold
No Luck NeededCapai Tempat 4 Teratas dalam 2 permainan Set 3.5 Revival: Galaxies
ATAU
Capai Tempat 4 Teratas dalam 4 permainan
1000 Pas XP Gold
Captive AudienceGunakan 50 Meep (dalam Set 3.5 Revival: Galaxies)
ATAU
Turunkan champion 5 kos 16 kali
1000 Pas XP Gold

Set 2

MisiObjektifGanjaran
Continued SuccessMenangi 25 pusingan tempur PvP1000 Pas XP Gold
Spending SpreePutar semula kedai 50 kali
ATAU
Naik tahap 14 kali
1000 Pas XP Gold
Hitting GoalsMenang pusingan tempur sambil menurunkan Sniper 10 kali (dalam Set 3.5 Revival: Galaxies)
ATAU
Kenakan 40,000 physical damage
1000 Pas XP Gold
Building WealthMempunyai 50+ gold semasa memasuki fasa pertempuran, 6 kali
ATAU
Memiliki 40+ gold apabila memasuki stage 4-5 dalam 2 permainan
1000 Pas XP Gold

Set 3

MisiObjektifGanjaran
Nafas Naga (Dragon's Breath)Kenakan 30,000 magic damage1000 Pas XP Gold
Hold the LineTurunkan Rebel 10 kali (dalam Set 3.5 Revival: Galaxies)
ATAU
Turunkan satu pasukan dengan 5+ active traits 20 kali
1000 Pas XP Gold
Starcrossed Champions10 3 2 bintang+ kos champion
ATAU
5 2 3 bintang+ kos champion
1000 Pas XP Gold
New Year PreparationsBina item menggunakan 2 komponen yang sama 10 kali
ATAU
Putar semula 15 Augments
1000 Pas XP Gold

Set 4

MisiObjektifGanjaran
Festive GatheringTurunkan champion 2 bintang+ dengan 4 item 15 kali
ATAU
Turunkan champion 7+ 20 kali
1000 Pas XP Gold
Manifesting Power45 champion 2 bintang1000 Pas XP Gold
Lucky FindingsKumpul 150 loot orb1000 Pas XP Gold
Strength in NumbersStun 60 champion
ATAU
Turunkan champion dengan 2000+ nyawa 20 kali
1000 Pas XP Gold

Pas Lunar Festival

Bulan dan tuah anda bakal menyerlah dengan pas yang dipenuhi hadiah ini!

Anda akan membuat kemajuan menerusi kedua-dua Pas Lunar Festival percuma dan mendapatkan ganjarannya dengan mencapai misi yang disenaraikan di atas tetapi anda perlu membeli Pas+ Lunar Festival 2024 premium untuk membuka hadiahnya.

TahapGanjaranXP Diperlukan
0200 Treasure Tokens0
120 Treasure Tokens1000
220 Star Shards1000
3Golden Koi (Boom)1000
420 Treasure Tokens1000
520 Star Shards1000
6Firecracker Rollout (boom)1000
7Emote Prancie Dance1000
820 Star Shards1000
9Lantern Prancie (tactician)1000
1020 Treasure Tokens1000
1120 Star Shards1000
12Make It Rain (boom)1000
1320 Treasure Tokens1000
1420 Star Shards1000
15Prancie's Retreat (arena)1000
1620 Treasure Tokens1000