Teamfight Tactics (TFT) Mobile telah tiba di SEA dan kami meraikan dengan memberikan pelbagai ganjaran kepada pemain TFTm SEA —termasuk little legend Boba Sprite.
Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan ganjaran prapendaftaran mudah alih?
- Main TFTm di SEA semasa minggu pertama keluaran (21 November 11:00 PM UTC+8—28 November 11:00 PM UTC+8)
- Tunggu sehingga hadiah sedia untuk dituntut pada bulan Disember.
- Tuntut hadiah anda pada laman web prapendaftaran.
Sila ambil perhatian bahawa hadiah tidak akan dihantar kepada akaun anda sehingga anda menebus ganjaran itu pada laman web prapendaftaran.
Pastikan anda tidak menangguh terlalu lama. Laman akan kekal untuk masa terhad selepas TFTm SEA dilancarkan tetapi bukan selama-lamanya.
Bagaimanakah jika saya membeli Boba Bundle sebelum pemberian hadiah pendaftaran Boba Sprite?
Pemain yang telah membeli Boba Bundle akan dibayar balik sebanyak 550 RP perbezaan, namun sila ambil perhatian bahawa bayaran balik boleh mengambil masa hingga pertengahan Januari untuk dipaparkan dengan betul dalam akaun anda. Terima kasih atas kesabaran anda sambil kami mengurus setiap pemain.
Bolehkah saya mengambil Boba Bundle untuk harga yang dikurangkan selepas mendapat hadiah prapendaftaran Boba Sprite?
Ya! Boba Bundle tersedia untuk harga berdiskaun iaitu 750 RP jika anda sudah memiliki Boba Sprite daripada pemberian hadiah prapendaftaran.
Bolehkah saya memulangkan Boba Bundle?
Bundle tidak boleh dibayara balik.
