IOMMU (Input Output Memory Management Unit) mesti diaktifkan untuk memastikan ciri pemayaan dan keselamatan tertentu berfungsi dengan betul. Jika ia dimatikan, Windows mungkin tidak dapat mengasingkan memori atau menjalankan perlindungan berasaskan pemayaan, yang boleh menyebabkan ralat konfigurasi atau menghalang ciri seperti VBS dan HVCI daripada diaktifkan.
- Pada sistem Intel, ciri ini dipanggil VT-d (Virtualization Technology for Directed I/O).
- Pada sistem AMD, ia dipanggil IOMMU (atau AMD-Vi).
Semak sama ada IOMMU Sudah Diaktifkan
Sebelum membuat sebarang perubahan dalam BIOS, mari kita semak sama ada IOMMU sudah diaktifkan pada sistem anda atau tidak.
- Tekan Kekunci Windows + R untuk membuka tetingkap Run.
- Taip msinfo32 dan tekan Enter.
- Dalam Ringkasan Sistem, perhatikan nilai yang dipaparkan di sebelah Pemproses. Ini akan membantu anda menentukan sama ada anda menggunakan CPU Intel atau AMD.
- Cari Kernel DMA Protection.
Jika Kernel DMA Protection Memaparkan "On"
Ini petanda yang baik! IOMMU sudah diaktifkan dan berfungsi pada sistem anda.
Jika anda masih menerima ralat VAN: RESTRICTION, semak panduan VAN: RESTRICTION kami untuk memastikan semua keperluan Vanguard telah dipenuhi.
Jika Kernel DMA Protection memaparkan "Off"
IOMMU tidak diaktifkan pada sistem anda buat masa ini.
Teruskan ke bahagian seterusnya untuk mengaktifkan IOMMU dalam BIOS anda.
Jika Kernel DMA Protection Tiada
Sesetengah sistem mungkin tidak memaparkan medan ini dalam Maklumat Sistem, walaupun perkakasan menyokong IOMMU.
Jika anda tidak melihat Kernel DMA Protection disenaraikan, teruskan ke bahagian seterusnya dan aktifkan IOMMU dalam BIOS anda untuk memastikan ciri ini tersedia untuk Vanguard.
Cara Mengaktifkan IOMMU dalam BIOS
Jika anda tidak dapat menemui tetapan yang dinyatakan, BIOS anda mungkin sudah lapuk atau pengeluar peranti anda mungkin menggunakan penamaan yang berbeza: Kemas Kini Perisian Tegar BIOS (AMD/Intel) Perlu diingat bahawa sesetengah sistem mungkin langsung tidak memaparkan tetapan ini, bergantung pada perkakasan dan versi BIOS yang tersedia.
PENTING: Perihal mengedit tetapan BIOS anda
Jika anda tidak biasa dengan menavigasi melalui bios anda, sila hubungi pihak profesional. Penetapan BIOS yang salah boleh menyebabkan isu dengan komputer anda–termasuk kegagalan untuk dihidupkan.
BIOS sangat berbeza-beza bergantung pada jenama dan jenis komputer atau papan induk yang anda gunakan. Oleh itu, kami amat mengesyorkan anda menghubungi sumber sokongan pengilang komputer atau papan induk anda untuk membantu anda.
Sebelum anda bermula, anda perlu mengakses tetapan BIOS/UEFI komputer anda.
Mengakses BIOS anda
Windows 11
- Buka Tetapan
- Pergi ke Sistem > Pemulihan
- Di bawah Mula semula lanjutan, pilih Mulakan semula sekarang
- ASelepas PC anda dimulakan semula, pilih Selesaikan Masalah > Pilihan lanjutan > Tetapan Perisian Tegar UEFI
Windows 10
- Buka Tetapan
- Pergi ke Kemas Kini & Keselamatan > Pemulihan
- Di bawah Mula semula lanjutan, pilih Mulakan semula sekarang
- ASelepas PC anda dimulakan semula, pilih Selesaikan Masalah > Pilihan lanjutan > Tetapan Perisian Tegar UEFI
Aktifkan IOMMU
Sistem Intel
- Cari VT-d atau Kawal Gelagat Prabut IOMMU dalam BIOS anda.
- Tetapkan pilihan kepada Diaktifkan atau Aktifkan IOMMU semasa but.
- Simpan perubahan anda dan keluar dari BIOS (biasanya F10).
Sistem AMD
- Cari IOMMU dalam BIOS anda dan tetapkan kepada Diaktifkan.
- Jika tersedia, aktifkan juga DMA Protection dan DMAr Support.
- Simpan perubahan anda dan keluar dari BIOS (biasanya F10).
Perhatian: Susun atur BIOS dan nama tetapan berbeza mengikut pengeluar dan model papan induk. Jika anda tidak dapat menemui tetapan ini, rujuk dokumentasi sokongan pengeluar peranti atau papan induk anda.
