Menebus kod untuk mata wang premium atau kandungan dalam permainan ialah cara terbaik untuk melengkapkan akaun anda. Walaupun anda boleh menggunakan mana-mana kod tersebut di halaman Redemption Kod sehenti kami, ada beberapa perkara yang anda mungkin ingin tahu—termasuk cara menebus kod tersebut untuk permainan yang berbeza.
Kod Tunai (Kad Prabayar/Hadiah)
Kod tunai ialah terma umum yang termasuk Kad Prabayar and Kad Hadiah (seperti PIN Riot).
Manfaat yang anda terima: Mata wang premium untuk permianan Riot (RP, VP, dsb.).
Tempat untuk membelinya: Kedai fizikal atau peruncit dalam talian. Cari kod gores pada kad fizikal atau kod teks yang dihantar melalui e-mel untuk kad digital.
Peraturan Penting untuk Kod Tunai
Satu Kod, Satu Permainan, Satu Penggunaan: Anda mesti menggunakan keseluruhan kod pada satu permainan sahaja, dan jumlah penuh akan ditambah ke akaun anda serta-merta. Anda tidak boleh membahagikannya antara permainan atau akaun!
Dikunci Mengikut Rantau: Anda hanya boleh menebus kod tunai di rantau tempat ia dibeli.
Hanya di PC: Kod tunai hanya boleh ditebus dalam versi PC permainan kami. Jika anda bermain di konsol, gunakan halaman Redemption Kod kami.
Tiada Tarikh Luput: Kod tunai tidak akan luput!
Simpan Kad dan Resit Anda!
Jika ada sebarang masalah semasa redemption, kami perlukan kedua-duanya untuk membantu anda menyelesaikan masalah itu.
Kod Kandungan
Anda akan belajar cara menebus kod kandungan di bawah.
Item yang akan anda dapat: Satu item kandungan dalam permainan yang khusus—mungkin ward League of Legends yang menarik, gun buddy, ikon, atau skin VALORANT.
Cara untuk mendapatkannya: Biasanya ia diberikan oleh penstrim, diedarkan dalam event atau disertakan sebagai sebahagian daripada promosi.
Peraturan Penting untuk Kod Kandungan
Sekali Guna: Setelah digunakan, kod ini tidak boleh digunakan lagi. Pastikan anda log masuk ke akaun yang betul!
Tiada Pendua: Jika akaun anda sudah memiliki kandungan yang diberikan oleh kod ini, anda tidak akan menerimanya lagi, dan anda tidak akan menerima bayaran balik, shard, atau essence. Kod tersebut masih akan dianggap sebagai "telah digunakan."
Bebas Rantau: Secara amnya, kod kandungan boleh digunakan di seluruh rantau (dengan sangat sedikit pengecualian).
Cara Meneubs Kod Tunai
Mari tukarkan mata wang dalam permainan daripada kad prabayar anda ke dalam akaun anda!
-
Pergi ke https://shop.riotgames.com/redeem.
-
Masukkan kod anda tepat seperti yang tertera pada kad, e-mel, atau resit, kemudian pilih butang Tebus Kod.
Nota: Jika anda belum log masuk, anda akan diminta untuk log masuk ke akaun di mana anda ingin menambah mata wang maya/kandungan selepas anda memasukkan kod anda.
-
Pilih permainan yang ingin anda gunakan kod tunai. Kod hanya boleh ditebus dalam satu permainan dan tidak boleh ditebus sebahagian, jadi pilihlah dengan bijak! Jika tajuk permainan berwarna kelabu, ini bermakna akaun ini belum pernah bermain permainan tersebut.
-
Sahkan maklumat pada halaman ringkasan yang muncul selepas ini, termasuk balance semasa anda dan jumlah mata wang premium yang ditambah dengan kod tunai ini. Jika semuanya kelihatan betul, pilih Tebus Kod. Jika ada sesuatu yang tidak kena atau anda ingin tebus kod tunai untuk permainan lain, pilih Batal.
-
Berjaya! Mata wang premium sepatutnya akan ditambah ke akaun anda serta-merta, tetapi dalam sesetengah kes ia mungkin mengambil masa hingga 24 jam. Jika anda masih belum menerima kandungan anda, kami mohon anda tunggu satu hari sebelum menghubungi Sokongan Pemain.
Cara Menebus Kod Kandungan
-
Pergi ke https://shop.riotgames.com/redeem.
-
Dalam kotak yang disediakan, masukkan kod anda tepat seperti yang tertera pada kad, e-mel, atau resit, kemudian pilih butang Tebus Kod.
Nota: Jika anda belum log masuk, anda akan diminta untuk log masuk ke akaun di mana anda ingin menambah mata wang maya/kandungan selepas anda memasukkan kod anda. - Satu halaman akan dipaparkan kandungan yang akan ditambah, bersama dengan permintaan untuk pengesahan. Ini peluang anda untuk menyemak sama ada anda sudah memiliki kandungan ini atau belum! Jika anda cuba menebus kandungan yang anda sudah miliki, anda tidak akan menerima kandungan pendua atau sebarang item gantian, dan kod tersebut tetap akan ditandakan sebagai "digunakan." Setelah anda pasti bahawa kandungan tersebut belum ada dalam akaun anda, pilih Tebus Kod.
- Berjaya! Kandungan akan ditambah ke akaun anda serta-merta, tetapi dalam sesetengah kes ia mungkin mengambil masa hingga 24 jam. Jika anda masih belum menerima kandungan anda, kami mohon anda tunggu satu hari sebelum menghubungi Sokongan Pemain.
Menebus Kod Anda di VALORANT
- Log masuk ke klien permainan VALORANT dan klik ikon VALORANT yang terletak di sebelah VP anda di penjuru kanan atas.
- Pilih Kad Prabayar & Kod dan masukkan kod anda tepat seperti yang tertera.
- Di sesetengah rantau, anda perlu menandakan kotak persetujuan sebelum anda boleh mengklik Hantar. Mata wang maya anda akan ditambah ke dalam baki akaun VALORANT anda.
Menebus Kod Anda di League of Legends dan Teamfight Tactics
- Pergi ke kedai dan klik bitang Akaun.
- Pilih pilihan Tebus Kod.
- Masukkan kod seperti yang tertera dan tekan Hantar. Mata wang maya akan ditambah ke akaun anda!
Menebus Kod Anda di Legends of Runeterra
-
Log masuk ke klien LoR, navigasi ke Kedai, dan klik pada ikon +.
-
Pilih kaedah Pembayaran & Kod Kad Prabayar.
-
Masukkan kod seperti yang tertera. Di sesetengah rantau, anda perlu menerima kotak persetujuan sebelum boleh menebus kod anda.
-
Tekan butang HANTAR untuk menyelesaikan. Mata wang maya akan ditambah secara automatik ke dalam baki akaun anda.
Menebus kad anda di 2XKO
-
Log masuk ke akaun anda dalam klien dan Pilih P yang terletak di bahagian kanan atas sebelah baki mata wang.
-
Pilih pilihan untuk Kad Prabayar dan Kod.
- Masukkan kod seperti yang tertera. Di sesetengah rantau, anda perlu menandakan kotak persetujuan sebelum anda boleh mengklik Hantar. Mata wang maya akan terus ditambah ke baki 2XKO anda.
Kesilapan Lazim & Cara Membetulkannya
| Mesej Ralat | Maksudnya | Pembetulan Pantas |
|---|---|---|
"Nampaknya Kod Ini Tidak Sah atau tidak ditemui" | Kod yang anda masukkan tidak wujud dalam sistem kami. | Pastikan anda telah memasukkan kod dengan betul. JANGAN sertakan sebarang ruang. (cth: gunakan 123456789 bukan 123 456 789). |
"Nampaknya Kod Ini Tidak Diaktifkan Dengan Betul" | Kedai tempat anda membeli kad tersebut tidak mengaktifkannya dengan betul di kaunter. | Kembali ke peniaga/kedai dan minta mereka aktifkan kad anda dengan betul. |
"Kod Ini Telah Pun Ditebus" | Kod ini telah digunakan pada akaun lain. | Semak sama ada anda sudah menebusnya atau tidak. Jika anda menerima kad tersebut sebagai hadiah atau membelinya daripada pihak ketiga, kad itu mungkin telah digunakan sebelum anda menerimanya. Hubungi penjual asal atau, jika kod tersebut adalah hadiah, hubungi Sokongan Pemain menggunakan pautan di bahagian bawah halaman ini. |
"Anda Telah Melebihi Bilangan Percubaan Maksimum untuk Menebus Kod" | Anda telah mencuba terlalu banyak kod baru-baru ini. | Tunggu selama 24 jam sebelum cuba menebus sebarang kad lagi. |
"Kod Ini Tidak Sah di Rantau Anda" | Kod tunai anda dikunci kepada rantau/mata wang tertentu dan tidak boleh digunakan pada pelayan akaun anda sekarang. | Kod tunai adalah khusus untuk setiap rantau. Anda mesti menggunakannya pada pelayan yang ia dikeluarkan untuknya. (Kod kandungan biasanya boleh digunakan di seluruh dunia) |
Isu lain
Terlebih gores
Jika anda telah terlebih gores kad anda atau menerima ralat yang berterusan, kami boleh membantu!
Pergi ke Halaman Sokongan Pemain kami dan klik “Hantar tiket.”
-
Hantar tiket kepada kami dengan maklumat berikut:
Kod itu sendiri dan resit kedai (jika ini kod tunai prabayar).
[ID Riot] Anda.
E-mel yang anda gunakan untuk mendaftar Akaun Riot.
Peruncit Pihak Ketiga
Kami sangat menasihatkan anda supaya TIDAK membeli kad prabayar daripada laman pihak ketiga seperti lelongan dalam talian atau peruncit yang tidak sah. Kami tidak dapat menjamin kesahihan, ketersediaan, atau kesahvalidan mereka, dan ia mungkin sudah digunakan atau belum diaktifkan dengan betul.
Had Sokongan
Kami akan cuba sedaya upaya, tetapi kami tidak dapat membantu dengan kod yang telah ditebus pada akaun lain, kod kandungan yang tamat tempoh , atau kod tunai yang telah digunakan .
Perlu diingat juga bahawa kandungan mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk muncul dalam akaun anda. Jika ia tidak muncul serta-merta, tunggu sehari!
