Jika masalah anda seperti in:

  • Ralat Sambungan: VALORANT telah menghadapi ralat sambungan. Sila lancarkan semula klien untuk menyambung semula. Kod Ralat: VAN 5001
  • Apakah maksud VAN 5001?
  • Saya mengalami ralat sambungan dan permainan meminta saya melancarkan semula permainan.

Penyelesaian

VAN 5001 bermaksud terdapat masalah dengan sambungan anda, dan permainan perlu dimulakan semula. Ia juga mungkin berlaku apabila Vanguard gagal untuk dimulakan.

Oleh sebab isu ini selalunya berkaitan dengan sambungan Internet yang perlahan, langkah pertama anda adalah untuk menyelesaikan masalah sambungan anda.

Sekiranya ralat berlanjutan, ikuti langkah yang berikut:

  1. Tetapkan perkhidmatan Vanguard untuk bermula secara automatik. Memasang Vanguard sahaja tidak mencukupi jika ia tidak berjalan semasa anda cuba bermain. Jika anda tidak menggunakan Praperiksa Vanguard untuk membolehkan Vanguard dijalankan atas permintaan, anda perlu menetapkan perkhidmatan Vanguard (vgc) kepada Automatik.
  2. Buang dan pasang semula Vanguard. Cara paling pantas untuk memulihkan tetapan asal Vanguard adalah dengan menyahpasang secara manual, kemudian mulakan semula PC anda dan lancarkan permainan anda sekali lagi untuk memasang semula Vanguard.
  3. Lakukan But Bersih. Apl atau perkhidmatan latar belakang mungkin mengganggu Riot Vanguard, dan but bersih membantu anda mengenal pasti punca sebenar masalah.
  4. Pasang semula permainan anda. Ini boleh menggantikan fail permainan yang rosak atau hilang yang mungkin menghalang Vanguard atau permainan anda daripada dilancarkan dengan betul. Ikut panduan kami untuk nyahpasang dan pasang semula permainan anda. 

Masih menghadapi masalah?

Jika ralat masih muncul selepas mencuba langkah-langkah yang disyorkan di atas, hantar tiket kepada Sokongan Pemain. Pastikan anda melampirkan log anda supaya kami boleh menyemak dengan lebih teliti.