Jika masalah anda seperti ini, anda berada di tempat yang betul:
- Ralat Vanguard: VAN 148. Ralat tidak dijangka dengan Vanguard telah berlaku dan klien akan ditutup sekarang.
- Apakah maksud VAN 148?
- Saya terkeluar dari permainan dan melihat ralat VAN 148.
Penyelesaian
VAN 148 biasanya bermaksud Riot Vanguard menghadapi isu yang tidak dijangka semasa memulakan atau menyemak sistem anda. Mujurlah, cara untuk membetulkan ralat ini lebih mudah dijangka.
Cuba langkah-langkah ini mengikut turutan. Kami akan mulakan dengan pembaikan terpantas dahulu, kemudian beralih kepada isu yang lebih besar jika Vanguard masih memerlukan sedikit bantuan untuk kembali beroperasi. Lancarkan permainan anda selepas setiap langkah untuk melihat sama ada ia berjaya atau tidak.
- Kemas kini Windows. Kemas kini Windows boleh merangkumi perubahan keselamatan dan perkhidmatan sistem yang diperlukan oleh Vanguard. Pasang semua kemas kini Windows yang tersedia dan mulakan semula PC anda.
- Jalankan Riot Client sebagai Pentadbir. Kebenaran Windows kadangkala boleh mengganggu antara Riot Client, permainan anda dan Vanguard. Jalankan Riot Client dengan kebenaran pentadbir, kemudian cuba lancarkan permainan anda sekali lagi.
- Tetapkan perkhidmatan Vanguard untuk bermula secara automatik. Memasang Vanguard sahaja tidak mencukupi jika ia tidak berjalan semasa anda cuba bermain. Jika anda tidak menggunakan Praperiksa Vanguard untuk membolehkan Vanguard dijalankan atas permintaan, anda perlu menetapkan perkhidmatan Vanguard (vgc) kepada Automatik.
- Lakukan but bersih. Apl atau perkhidmatan latar belakang mungkin mengganggu Riot Vanguard, dan but bersih membantu anda mengenal pasti punca sebenar masalah.
- Buang dan pasang semula Vanguard. Cara paling pantas untuk memulihkan tetapan asal Vanguard adalah dengan menyahpasang secara manual, kemudian mulakan semula PC anda dan lancarkan permainan anda sekali lagi untuk memasang semula Vanguard.
- Semak sambungan anda. Jika anda sudah sampai sejauh ini, tiba masanya untuk melaksanakan langkah serius. Ikut Panduan Penyelesaian Masalah Sambungan PC kami untuk arahan langkah demi langkah dalam menangani isu sambungan yang mungkin berlaku.
- Pasang semula permainan anda. Ini boleh menggantikan fail permainan yang rosak atau hilang yang mungkin menghalang Vanguard atau permainan anda daripada dilancarkan dengan betul. Ikut panduan kami untuk nyahpasang dan pasang semula permainan anda.
Masih menghadapi masalah?
Jika ralat masih muncul selepas mencuba langkah-langkah ini, hantar tiket kepada Sokongan Pemain. Pastikan anda lampirkan log anda supaya kami boleh menyemak dengan lebih teliti dan membantu anda kembali ke dalam permainan.
