Sila Ambil Perhatian

Maklumat berikut terpakai kepada PC sahaja.

Kad hadiah prabayar Riot adalah cara mudah untuk membeli mata wang dalam permainan Riot tanpa memerlukan kad kredit atau akaun bank. Kad ini boleh dibeli secara digital dalam talian atau di peruncit tempatan dan kad tersebut dapat ditebus dengan memasukkan kod pin kad di kedai klien kami.

Kad Hadiah Prabayar untuk League of Legends, Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra

Untuk mendapatkan maklumat tentang Kad Hadiah EU, sila pergi ke sini.

Riot Games menawarkan kad hadiah prabayar dalam 4 peringkat nilai bagi PC iaitu: $10, $25, $50, $100.

Pada masa ini, kad hadiah prabayar untuk LoL, TFT dan LoR boleh dibeli di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. Kad hadiah fizikal boleh didapati di hampir semua peruncit utama termasuk Amazon, Walmart, Target, Best Buy, GameStop, Electronics Boutique, Couche-Tard dan banyak lagi. Anda juga boleh beli kad hadiah digital di Amerika Syarikat dan Kanada dari Amazon.

Ingat bahawa kad hanya untuk PC dan terhad pada beberapa wilayah bermaksud jika anda beli kad di Australia atau New Zealand, kad tersebut hanya boleh ditebus di pelayan OCE. Sama juga jika anda beli kad di Amerika Syarikat atau Kanada, kad tersebut hanya boleh ditebus di pelayan NA.

Sila ambil perhatian bahawa pembelian kad hadiah prabayar daripada peniaga pihak ketiga seperti lelong dalam talian dan peruncit yang tidak disahkan Riot adalah sangat tidak disarankan dan kami tidak dapat membantu anda jika kad tersebut tidak berfungsi.

Setelah membeli kad anda, sila ingat untuk menyimpan kad dan resit kedai sehingga anda dapat mengesahkan bahawa anda berjaya menebus kad tersebut. Jika terdapat kesilapan semasa proses penebusan, kad dan resit kedai anda adalah penting untuk menyiasat masalah ini dengan lebih lanjut.

Kad Hadiah Prabayar di VALORANT

Riot Games menawarkan kad hadiah prabayar VALORANT dalam pelbagai jenis peringkat nilai.

Kad prabayar VALORANT boleh ditebus hanya di VALORANT. Penebusan dari permainan berbeza tidak disokong.

Ingat bahawa kad Hanya untuk PC dan terhad di beberapa wilayah bermaksud jika anda beli kad di Australia atau New Zealand, kad tersebut hanya boleh ditebus di pelayan OCE. Sama juga jika anda beli kad di Amerika Syarikat atau Kanada, kad tersebut hanya boleh ditebus di pelayan NA.

Sila ambil perhatian bahawa pembelian kad hadiah prabayar daripada peniaga pihak ketiga seperti lelong dalam talian dan peruncit yang tidak disahkan Riot adalah sangat tidak disarankan dan kami tidak dapat membantu anda jika kad tersebut tidak berfungsi.

Setelah membeli kad anda, simpan salinan dan resit digital anda sekurang-kurangnya sehingga anda dapat mengesahkan bahawa anda berjaya menebus kad tersebut. Jika terdapat kesilapan semasa proses penebusan, kad dan resit kedai anda adalah penting untuk menyiasat masalah ini dengan lebih lanjut.

Menebus kad anda di League of Legends dan Teamfight Tactics

Sekiranya ia adalah kad hadiah fizikal, gores sedikit bahagian belakang kad anda untuk menunjukkan kodnya. Jangan gores terlalu kuat kerana nombornya mungkin tidak boleh dibaca. Pastikan kad belum digores sebelum membeli kad dari kedai. Jika menebus kad digital, cari nombor dan ikuti langkah di bawah.

  • Pergi ke kedai dan klik Beli RP.
  • Pilih kaedah pembayaran Kad Prabayar.
  • Masukkan kod pin dari belakang kad anda. JANGAN masukkan sebarang ruang semasa anda menaip kod kerana sistem kami akan mengenal pasti sebagai tidak sah.
  • Tekan butang biru Hantar untuk selesaikan transaksi. Berseronoklah!

Menebus kad anda di Legends of Runeterra

Sekiranya ia adalah kad hadiah fizikal, gores sedikit bahagian belakang kad anda untuk menunjukkan kodnya. Jangan gores terlalu kuat kerana nombornya mungkin tidak boleh dibaca. Pastikan kad belum digores sebelum membeli kad dari kedai. Jika menebus kad digital, cari nombor dan ikuti langkah di bawah.

  • Pergi ke kedai dan klik pada ikon +
  • Pilih kaedah pembayaran Kad Prabayar.
  • Masukkan kod pin dari belakang kad anda. JANGAN masukkan sebarang ruang semasa anda menaip kod kerana sistem kami akan mengenal pasti sebagai tidak sah.
  • Tekan butang biru Hantar untuk selesaikan transaksi. Berseronoklah!

Menebus kad anda di VALORANT

Pada masa ini, kad hadiah prabayar VALORANT hanya tersedia secara digital melalui Amazon. Apabila anda membeli kad, anda akan menerima satu set nombor unik yang akan berfungsi sebagai kad hadiah baru anda. Selepas itu, ikuti langkah di bawah:

  • Log masuk ke klien permainan VALORANT
  • Klik pada ikon VALORANT yang terletak di bahagian kanan tab Kedai
  • Pilih Kad Prabayar & Kod
  • Masukkan kod yang disediakan untuk kad anda
  • Tekan Hantar
  • Nikmatilah Mata VALORANT anda!

Ralat Biasa

Nampaknya Kod Ini Tidak Sah

Kod yang anda masukkan tidak sah dan tidak ada dalam sistem kami. Periksa semula kod digores di bahagian belakang kad anda untuk memastikan bahawa anda telah memasukkan nombor dengan betul. Jangan masukkan sebarang ruang semasa anda menaip kod. Sebagai contoh daripada menaip 123 456 789, kod anda akan kelihatan seperti 123456789.

Nampaknya Kod Ini Tidak Diaktifkan Dengan Betul

Jika anda terima mesej ralat ini menunjukkan bahawa kod ini tidak diaktifkan dengan betul sewaktu dijual, menyebabkan anda tidak dapat menebus RP atau VP dengan berjaya melalui kedai kami. Oleh kerana proses pengaktifan ini adalah tanggungjawab peniaga itu sendiri, anda perlu kembali ke kedai untuk memastikan kad anda diaktifkan dengan betul.

Kod Ini Telah Pun Ditebus

Jika anda terima mesej ralat ini menunjukkan bahawa kod ini tidak diaktifkan dengan betul sewaktu dijual, menyebabkan anda tidak dapat menebus RP atau VP dengan berjaya melalui kedai kami. Oleh kerana proses pengaktifan ini adalah tanggungjawab peniaga itu sendiri, anda perlu kembali ke kedai untuk memastikan bahawa sama ada anda telah berkongsi kod pin dengan orang lain, anda telah diberikan kad ini atau anda membeli kad tersebut melalui kad vendor parti ketiga, kod mungkin telah ditebus sebelumnya. Sila pastikan anda menebus kad yang betul jika anda mempunyai beberapa kad yang anda miliki.

Anda Telah Melebihi Bilangan Percubaan Maksimum untuk Menebus Kod

Anda telah mencuba tebus terlalu banyak kad! Sila tunggu 24 jam sebelum cuba menebus lebih banyak kad.

Kod Ini Tidak Sah di Rantau Anda

Kod kami adalah untuk rantau yang khusus, jadi anda hanya dapat menebus kod pada pelayan yang sepatutnya. Jika anda yakin bahawa anda menerima mesej ini secara ralat, sila /hantar tiket di bahagian bawah halaman ini.