Untuk menyertai Mod Pertandingan seperti League of Legends Clash atau VALORANT Premier, anda perlu mendaftarkan akaun anda dengan satu nombor telefon bimbit. Langkah keselamatan ini bertujuan untuk menghalang pemain daripada memasuki kejohanan dengan smurf.
Anda hanya perlu melakukan proses ini sekali sahaja (jika anda mengesahkan untuk Clash, maka anda akan disahkan secara automatik untuk Premier dan sebaliknya), dan hanya boleh memautkan satu akaun Riot pada nombor telefon anda.
League of Legends: Cara mengesahkan Clash
- Dalam tab Clash klien, klik butang Pasukan dan Sahkan SMS di sebelah nama anda.
- Masukkan kod negara anda, diikuti dengan kod kawasan dan nombor telefon anda. Anda boleh mencari kod negara di sini.
- Kami akan menghantar mesej teks dengan kod rahsia kepada anda; masukkan kod itu, dan akaun Riot anda akan disahkan melalui SMS.
VALORANT: Cara mengesahkan Premier
- Dalam tab Premier klien, dalam panel Sahkan Sekarang di sebelah kanan, klik Sahkan.
Perhatian: Jika anda melihat panel Cipta Pasukan di sebelah kanan dan bukannya Sahkan Sekarang, ini bermakna anda telah pun disahkan dan memenuhi semua kriteria kelayakan untuk mencipta atau menyertai pasukan Premier. Anda boleh melangkau langkah-langkah berikut yang selebihnya. - Masukkan kod negara anda, diikuti dengan kod kawasan dan nombor telefon anda. Anda boleh mencari kod negara di sini.
- Kami akan menghantar mesej teks dengan kod rahsia kepada anda; masukkan kod itu, dan akaun anda akan disahkan melalui SMS.
SOALAN LAZIM
BOLEHKAH SAYA MEMAUTKAN LEBIH DARIPADA SATU AKAUN RIOT KEPADA NOMBOR TELEFON YANG SAMA?
Maaf, tidak boleh. Satu akaun Riot bagi setiap nombor telefon.
SAYA MENDAPAT RALAT "ADA SESUATU YANG TIDAK KENA".
Mematuhi garis panduan ini sepatutnya membantu!
- Pastikan anda memasukkan kod negara dengan betul di medan kiri, dengan nombor telefon penuh 10 digit anda di medan kanan.
- Jika anda menggunakan resolusi bukan standard (4:3), kadangkala menukar kepada 16:9 dapat membantu anda memasukkan kod.
- Jika anda menerima ralat, sila tunggu selama 10 minit sebelum mencuba lagi. Jika anda meminta kod sebanyak 3+ kali dalam masa 5 minit, permintaan anda akan dihadkan kadar dan tiada mesej akan dihantar.
SAYA DIBERITAHU NOMBOR TELEFON SAYA TIDAK SAH.
Tidak semua telefon dan rangkaian menyokong pengesahan SMS, kerana ada yang mudah dipalsukan. Nombor telefon internet seperti Google Voice, contohnya, tidak akan berfungsi sebagai pengesahan.
SAYA TIDAK MENERIMA KOD RAHSIA!
Telefon atau rangkaian anda boleh mengambil masa sehingga dua jam untuk menghantar mesej. Jika dua jam telah berlalu dan anda masih belum menerima kod anda, mulakan proses pengesahan SMS semula dan pastikan anda memasukkan nombor telefon anda dengan betul, kemudian bertenanglah dan nantikan sahaja ketibaan kod anda.
SAYA TELAH MENERIMA KOD ITU, TETAPI SAYA MENDAPAT MESEJ RALAT BILA SAYA MEMASUKKAN KOD.
Jika anda meminta pengesahan berbilang kali, anda mungkin memasukkan kod lapuk yang telah digantikan oleh kod baharu. Sila cuba semula proses pengesahan SMS (masukkan semua maklumat dengan betul!), dan tunggu kod baharu dihantar. Seperti yang dinyatakan di atas, proses ini boleh mengambil masa sehingga dua jam. Sama seperti menunggu saat genting untuk menanam spike atau tower dive, sabar itu wajib.
SAYA TIDAK MELIHAT KOD NEGARA SAYA.
Cuba tatal seluruh senarai! Terdapat masalah yang diketahui bahawa sesetengah negara tidak muncul mengikut urutan abjad disebabkan oleh aksara khas.
BAGAIMANA JIKA SAYA MAHU MENGELUARKAN NOMBOR TELEFON SAYA DARIPADA AKAUN INI?
Anda boleh mengeluarkan nombor telefon anda daripada akaun anda! Walau bagaimanapun, jika anda menyahpaut nombor telefon anda daripada akaun, nombor itu tidak boleh digunakan pada akaun lain kerana ada tempoh menunggu selama enam bulan (anda boleh memautkannya ke akaun yang sama semula pada bila-bila masa atau memautkan nombor baharu ke akaun itu). Langkah ini diambil untuk menghalang pemain daripada menggunakan satu telefon untuk bertukar-tukar akaun. Ingat, nombor telefon ini digunakan untuk Clash dan Premier. Jika anda mengeluarkannya daripada satu permainan, keupayaan anda untuk bermain dalam mana-mana mod pertandingan yang lain akan terjejas dan anda perlu menunggu enam bulan untuk memaut semula nombor telefon anda kepada mana-mana akaun Riot yang lain.
Menghadapi masalah semasa memautkan atau mengeluarkan nombor telefon?
Anda boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah seperti ini di sini.
SAYA TELAH MENAMBAHKAN NOMBOR TELEFON SAYA KEPADA AKAUN YANG SALAH!
Malangnya, kami tidak dapat membantu anda dalam hal ini. Anda perlu menyahpaut nombor telefon anda dan menunggu enam bulan untuk menggunakan nombor itu semula.
SAYA MENGGUNAKAN AKAUN YANG BERBEZA UNTUK PERMAINAN YANG BERBEZA!
Maaf, jika anda ada akaun Riot untuk VALORANT dan satu lagi untuk League of Legends, nombor telefon yang sama tidak boleh digunakan bagi kedua-dua akaun Riot. Anda perlu memilih satu akaun Riot untuk menyertai mod pertandingan Riot merentasi semua permainan. Ingat: Jika anda menyahpaut daripada satu akaun, anda perlu menunggu enam bulan sebelum anda boleh menggunakan nombor telefon yang sama pada akaun yang lain. Sokongan Pemain tidak akan dapat mengetepikan sekatan ini untuk anda.
PERLUKAH SAYA MEMAUTKAN NOMBOR TELEFON SAYA UNTUK KEDUA-DUA MOD PERTANDINGAN?
Tidak, kedua-dua mod pertandingan menggunakan sistem yang sama. Oleh itu, selagi anda mempunyai satu akaun Riot untuk kedua-dua permainan, apabila anda telah memautkan nombor telefon anda dalam satu permainan, anda boleh menggunakan semua mod pertandingan!
SOALAN LAZIM CLASH
BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PENGESAHAN TERHADAP AKAUN SMURF/ALT SAYA MELALUI SMS DENGAN HONOR YANG LEBIH TINGGI?
Tidak. Akaun dengan kedudukan tertinggi anda mestilah Honor tahap 2 untuk membolehkan anda menyertai Clash. Jika anda mendapati bahawa anda telah menyertai Clash dengan akaun rank lebih rendah yang memenuhi keperluan Honor. Kami akan mengeluarkan sebarang ganjaran khusus Clash dan menjadikan akaun tersebut tidak layak untuk pertandingan Clash akan datang. Ganjaran rakan sepasukan anda juga boleh dibatalkan jika kami mendapati pasukan anda menang kerana padanan pasukan tidak seimbang disebabkan oleh smurfing.
Kod Ralat SMS
| Mesej Ralat | Penyelesaian |
|---|---|
| Nombor telefon ini tidak tersedia, sila cuba yang lain. | Ralat ini bermakna nombor telefon sedang digunakan pada akaun lain, anda perlu menggunakan nombor telefon yang berbeza. |
| Nombor telefon tidak menyokong penerimaan mesej SMS, sila cuba yang lain. | Pembawa rangkaian telefon anda tidak disokong untuk pengesahan SMS. |
| Sesuatu yang tidak kena telah berlaku. | Ini merupakan ralat di pihak kami. Sila tunggu sebentar dan cuba lagi. Sila ikuti sebarang notifikasi dalam klien untuk mendapatkan maklumat tentang isu semasa.. |
