Semua akaun diwajibkan mempunyai nama pengguna yang unik secara global, iaitu nama yang anda gunakan untuk log masuk (dan berbeza daripada ID Riot, yang dipaparkan dalam permainan). Jika kami mendapati ada pemain lain yang menggunakan nama pengguna yang sama seperti anda (walaupun pemain itu sebenarnya anda di pelayan yang berbeza), anda perlu menukarnya.

Apabila saya log masuk, ada mesej menyatakan saya perlu membuat kemas kini.

Ini berlaku apabila nama pengguna anda belum lagi unik secara global, dan anda akan diminta untuk menukarnya kepada nama yang unik. 

  1. Sahkan akaun yang anda sedang kemas kini. Setelah nama pengguna baharu anda ditetapkan, ia tidak boleh diubah lagi.
  2. Pilih nama pengguna abjad angka baharu (hanya huruf dan nombor dibenarkan - tiada aksara khas). Sistem akan memaparkan mesej ralat jika nama yang dipilih telah digunakan. 
  3. Sebaik sahaja anda memilih nama unik, anda akan melihat skrin pengesahan untuk nama pengguna baharu anda dan diminta untuk mengesahkan e-mel anda.

Lakukan itu dan semuanya siap! Anda boleh menggunakan nama pengguna baharu untuk log masuk ke dalam permainan.

Bagaimanakah jika saya mempunyai nama pengguna yang sama pada beberapa pelayan yang berbeza?

Jika anda mempunyai Akaun Riot di beberapa pelayan (termasuk PBE), anda perlu memastikan setiap akaun mempunyai nama yang unik. Sekiranya andalah satu-satunya orang dengan nama ini di seluruh dunia (hanya dengan akaun yang berbeza), anda boleh mendapatkan nama pengguna yang anda mahukan pada akaun utama anda dengan memastikan anda mengemas kini akaun itu terakhir.

  1. Ketahui sama ada semua akaun anda mungkin saling bercanggah. Sekiranya semua akaun anda terikat pada e-mel yang sama, anda sepatutnya telah menerima e-mel yang menyenaraikan kesemuanya untuk anda (baris subjeknya ialah “Kemas kini penting untuk Akaun Riot anda”).
  2. Log masuk ke akaun PBE/alternatif anda terlebih dahulu pada laman web ini dan buat kemas kini pada akaun mengikut pilihan anda. Kami telah melihat ramai orang menambahkan nama rantau di hujung nama untuk membezakan antara akaun.
  3. Setelah anda yakin 100% bahawa anda telah mengemas kini semua akaun alternatif dan kedua anda (sekali lagi, jangan lupa PBE), log masuk semula ke akaun utama anda. Sekiranya andalah satu-satunya orang di seluruh dunia dengan nama akaun itu, anda sepatutnya sudah tidak disekat, jadi tetingkap timbul tidak akan muncul lagi.

ID Riot mesti unik di seluruh dunia

Cara ini hanya akan berfungsi jika anda benar-benar satu-satunya orang di dunia dengan nama pengguna tersebut. Jika ada sesiapa di mana-mana rantau lain yang menggunakan nama pengguna itu, anda mungkin perlu melalui proses tersebut dan masih perlu menukar nama pengguna utama anda.

Saya telah kehilangan akses dan tidak dapat mengemas kini akaun saya.

Jika anda sedang mencari senarai nama pengguna yang mungkin terjejas atau perlu memulihkan akaun yang hilang, cuba gunakan Alat Pemulihan Akaun Riot. Ia boleh menghantar senarai semua nama pengguna yang anda telah kaitkan dengan alamat e-mel tertentu dan kemudian membantu untuk memulihkan akaun anda.

Jika alat ini tidak dapat membantu anda, anda akan diminta untuk menghantar tiket kepada sokongan pemain bersama beberapa maklumat pengenalan diri. Lebih banyak maklumat yang anda boleh berikan tentang akaun tersebut, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkannya semula. 

Saya mempunyai isu mengemas kini akaun saya. Saya rasa seperti saya terperangkap dalam suatu proses yang berulangan?

Kami menyedari bahawa sesetengah pemain terperangkap dalam suatu proses yang berulangan ketika hendak mengubah nama pengguna mereka. Cuba gunakan Tab Inkognito dalam Chrome atau gunakan pelayar yang berbeza (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox) dan ikuti langkah ini:

  1. Log keluar daripada akaun anda dalam Klien (tekan Alt + F4 jika anda tiada pilihan lain), dan pastikan anda menyahtanda kotak Kekal Daftar Masuk.
  2. Buka laman web Kemas Kini Akaun Riot.
  3. Log masuk ke akaun yang diinginkan dan pilih pelayan yang betul.
  4. Ubah nama pengguna akaun yang dipilih.

Sekiranya masalah ini masih berlanjutan, hubungi Support Pemain dan kami akan menemukan langkah seterusnya.