Kami tidak boleh menyalahkan anda menonton penstrim kegemaran anda yang hebat di Rift atau menewaskan musuh dalam Runeterra di YouTube tetapi bagaimana jika kami beritahu bahawa anda boleh menonton DAN mendapat ganjaran yang menarik. Terlalu bagus, kan? Jangan risau para pemain! Tiba masa untuk membincangkan cara memaut Akaun Riot dengan akaun YouTube anda!
- Daftar masuk ke akaun Youtube anda.
- Pergi ke Akaun anda (mungkin wajah anda dan atau meme hangat di bahagian kanan atas) dan pilih Tetapan.
- Di bawah Akaun Bersambung, cari Riot Games (itu kami!)
- Klik SAMBUNG untuk jenis akaun yang ingin anda sambungkan.
- Jika anda belum mempunyai akaun, jangan risau. Pergi ke sini untuk menciptanya!
- Daftar masuk ke Akaun Riot anda. secara
Itu sahaja! Mudah sekali, kan? Anda juga boleh pergi ke sini untuk lihat langkah-langkah pemautan YouTube secara langsung. Pastikan anda perhatikan media sosial untuk sebarang kolaborasi yang akan datang dan ganjaran khas yang boleh anda dapati.
