Ingin mengucapkan selamat tinggal secara digital dan bersara sepenuhnya daripada permainan kami dengan memadam Akaun Riot anda?

Walaupun kami berduka cita, kami tetap sedia membantu. Log masuk di bawah dan buktikan pemilikan akaun Riot Games anda untuk dimasukkan dalam baris gilir pemadaman Akaun Riot anda.

Perlu diingat: Tindakan ini akan memadamkan keseluruhan Akaun Riot anda, termasuk kemajuan dan kandungan untuk semua permainan kami (League of Legends, VALORANT, Teamfight Tactics, dll.). Jika anda setuju, teruskan di bawah.

Tempoh Ihsan 30 Hari

Perhatian: Selepas akaun anda menunggu giliran untuk pemadaman, anda mempunyai 30 hari untuk mengubah fikiran. Jika anda TIDAK memberitahu kami bahawa anda ingin menghentikan proses ini, akaun anda akan dipadam sepenuhnya dan akaun anda tidak akan dapat dipulihkan. 


 

Jika anda menghadapi masalah dengan butang di atas, anda juga boleh menghantar tiket bersama maklumat berikut untuk meminta pemadaman akaun anda

JENIS PERMINTAAN: Pengurusan, Permintaan Data atau Pemadaman Akaun

SUBJEK TIKET: Pemadaman Akaun

  • Nama Pengguna (nama yang anda gunakan untuk log masuk ke Riot Client)
  • ID Riot (cara anda dilihat dalam permainan)
  • Pelayan yang anda gunakan semasa bermain
  • Tarikh penciptaan akaun
  • Lokasi anda mendaftarkan akaun tersebut (Bandar, Negara)
  • Alamat e-mel yang mula-mula digunakan untuk mendaftar akaun anda

Jika anda tidak dapat memberikan semua maklumat di atas, kami mungkin perlu bertanya beberapa soalan kepada anda untuk mengesahkan pemilikan. Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan semua akaun.

Saya ingin menghentikan Pemadaman Akaun saya

Jika anda berubah fikiran dan ingin membatalkan proses pemadaman, hanya hantar tiket dalam tempoh ihsan 30 hari yang merangkumi maklumat akaun yang sama seperti yang anda gunakan untuk memohon pemadaman (Nama Pengguna, ID Riot, dan sebagainya) seperti disenaraikan di atas. Sebaik sahaja kami mengesahkan bahawa kami sedang bercakap dengan pencipta akaun, kami boleh menghentikan proses ini untuk anda.


Anda boleh mengetahui cara kami melindungi maklumat anda dalam Notis Privasi. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang amalan privasi kami, sila hantarkan kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dpo@riotgames.com