Noxus

All-Out Assault

Sokongan Pemain Legends of Runeterra – Noxus Crest.

Champion Noxus hidup dan mati dengan kepercayaan bahawa hanya yang terkuat akan berjaya, dan oleh itu, mereka melakukan apa sahaja untuk bukan sahaja untuk berkembang...tetapi menakluk. Ketahui lebih lanjut tentang champion Noxia di bawah:

 

Draven: The Glorious Executioner

Ia hanya berlebihan apabila kamu tidak menarik.

Draven memutarkan pedangnya di satu tangan sambil memeluk seorang wanita yang sedang tertawa. Dia merenungnya dengan senyuman riang.

  • Draven naik level dengan menyerang dengan sejumlah dua* Spinning Axe.
    • Draven menghasilkan Spinning Axe apabila dia menyerang atau diseru.
    • * Draven tidaklah begitu... memilih. Anda hanya boleh menyerang sekali apabila dalam buf dengan dua Spinning Axe atau dua kali apabila dibuf dengan satu sahaja. Kuncinya adalah dua Axe. Fikirkan ia sebagai bar penahan untuk setiap bahagian misainya. 

 

Katarina: The Sinister Blade

Pisau tersembunyi memotong paling dalam.

Katarina berdiri sedia untuk pertempuran, dia meregangkan tangannya dengan memegang pedang di setiap satunya.

  • Katarina naik level dengan menyerang apa sahaja!
    • Katarina Recalls selepas menaik level secara automatik.

 

Vladimir: The Crimson Reaper

Darah: satu hubungan yang lebih kuat berbanding masa.

Vladamir menuruni anak tangga sambil orang gajinya menundukkan badan.

  • Vladimir naik level apabila 5+ sekutu, termasuk dirinya sendiri, berjaya menahan kerosakan.
    • Menjadi puntianak purba memang ada kelebihannya, termasuk bergaul dengan beberapa pelanggan Tough. Walaupun jika satu sekutu mempunyai Tough (dan kerosakan yang mereka terima adalah sifar), syarat naik level Crimson Reaper masih dipenuhi dengan kemandirian mereka. 

 

Darius: The Hand of Noxus

Kelemahan bukan satu pilihan.

Darius duduk di celah puing runtuhan dengan bilah kapaknya dalam tangannya, merenung kerosakan membakar yang dia hasilkan.

  • Darius naik level apabila dia melihat Nexus musuh tinggal separuh dari nyawa mereka semasa mereka bermula.

 

Swain: The Noxian Grand General

Takluk. Arahkan. Kawal.

Swain mengarahkan Citybreaker bergerak ke belakangnya semasa sekumpulan burung gagak mula terbang.

  • Swain naik level sebaik sahaja anda mengenakan 12 kerosakan bukan tempur.

 

Riven: The Exile

Bentukkan hati kamu yang baharu.

03NX007T1_Riven2.png

  • Riven naik level apabila dia melihat Blade of the Exile di tangan anda.

 

LeBlanc: The Deceiver

Tiada apa berkembang di dalam kegelapan kecuali bayang-bayang.

LeBlanc duduk di meja, dikelilingi oleh orang yang menjerit dan menuduhnya.

  • LeBlanc naik level apabila dia melihat anda mengenakan 15+ kerosakan.

Sion: The Undead Juggernaut

Peperangan tidak berakhir dengan kematian, tetapi penaklukan.

Berada di dalam kota kara, SION melangkah melepasi puing runtuhan dan MENGAUMkan jeritan tempur yang kuat! Dibelakangnya, LOST SOUL datang mendekati.

  • Sion naik level apabila anda membunag atau menyeru kad bernilai 35+ Power.

Rumble: The Mechanized Menace

Kuasa yordle-tech adalah miliknya untuk dikuasai.

RUMBLE bertembung SHURIMA MECH! Flamethrower Rumble dan senjata tanah SHURIMA MECH saling meletus! Sebahagian perisai Shurima Mech telah hangus terbakar, dan jatuh di lantai arena. Di belakangnya. ARENA MECHACASTER memandang sekeliling, tersenyum keriangan!

  • Rumble naik levels sebaik sahaja dia melihat Mecha-Yordle bersekutu mengenakan 12+ kerosakan.
  • Rumble ialah pemain serantaudia juga champion Bandle City.

Annie: The Dark Child

Sesuatu yang jahat datang menghampiri...

ANNIE berpegangan tangan dengan FYNN RETRICK sambil berjalan masuk ke dalam Ravenborn Conservatoire. Ada jelaga di mukanya, dan kelihatan agak ketakutan. Di belakangnya, HEADMISTRESS TELSI, SPELL SLINGER dan THE PREFECT memandang daripada taman.

  • Annie naik level sebaik sahaja dia melihat anda memainkan 6+ Fast spell, Slow spell, atau Skill.

Samira: The Desert Rose

Ambil peluang ini, atau terlepasnya.

lor-samira.png

  • Samira naik level apabila dia melihat anda memainkan 6+ kad. Ditetap semula apabila anda memulakan pusingan dengan token attack.

Mordekaiser: The Iron Revenant

Walaupun dah mati, roh kamu adalah miliknya.

mordekaiser.png

  • Mordekaiser naik tahap apabila 15+ sekutu telah mati (sekutu dengan 5+ Power dikira dua kali).
  • Mordekaiser ialah pemain serantaudia juga champion Shadow Isles.

Adakah kamu cukup kuat untuk menyertai pasukan askar Noxus dalam usaha untuk menggapai kemenangan penuh? Benar, sempadannya tidak boleh ditembusi, tetapi kekuatan juga berada di tembok Noxus...jika kamu cukup berani untuk menghadapinya.

Teroka rantau lain Runeterra.