NOTA: Jika anda mencari maklumat tentang larangan akaun secara kekal, sila pergi ke sini. Larangan HWID ialah perkara yang berbeza!
Apakah itu larangan HWID?
Larangan HWID adalah berbeza dan lebih serius berbanding dengan larangan akaun biasa. Larangan ID perkakasan ialah langkah drastik yang kami ambil terhadap pemain yang berterusan memilih untuk tidak mematuhi Ikrar Komuniti kami atau tidak mengikuti terma perkhidmatan kami. Apabila kami memutuskan seorang pemain harus menerima larangan HWID, ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa kami tidak mahu individu tersebut mencipta, mengakses, atau menggunakan sebarang akaun di mana-mana platform atau permainan Riot sepanjang tempoh larangan itu.
Larangan HWID juga merupakan satu mesej kepada pemain yang bermain permainan Riot secara terbuka, sama ada melalui penstriman atau cara lain. Mendapat larangan ID perkakasan bermakna anda tidak dibenarkan bermain permainan ini secara umum.
Larangan HWID biasanya berlaku selepas salah satu perkara berikut berlaku:
- Seorang pemain menunjukkan tahap agresif yang melampau dalam sembang dan/atau sengaja melakukan feeding merentas banyak akaun yang telah dilarang secara kekal.
- Seorang pemain membuat ancaman bahaya yang boleh disahkan terhadap pemain lain atau Rioter.
- Seorang pemain telah direkodkan kerana menggunakan alat pihak ketiga (penskripan atau elat).
Apa yang berlaku apabila seorang pemain menerima larangan HWID?
Akses ke permainan akan dihadkan dan sebarang cubaan log masuk akan menghasilkan kod ralat VAN 152. Setiap kali larangan HWID aktif, kami akan kerap mencari aktiviti akaun Riot oleh pemain yang telah dilarang. Jika ada akaun yang ditemui, ia akan serta-merta dilaran secara manual. Tingkah laku pemain yang telah dilarang melalui HWID pada akaun-akaun ini tidak akan diambil kira—jika anda telah dilarang melalui HWID, ini bermakna kami akan menggantung anda serta-merta apabila dikesan.
Namun, jika seorang pemain menerima larangan HWID kerana ancaman bahaya yang boleh disahkan terhadap pemain lain atau Rioter, kami tidak akan mempertimbangkan untuk menarik balik larangan tersebut dan mungkin akan menghentikan komunikasi sepenuhnya dengan pemain yang terlibat. Pengecualian hanya akan dibuat dalam keadaan unik dan atas budi bicara kami.
Memasang semula permainan atau memadam akaun yang berkaitan tidak akan menghapuskan larangan HWID.
Apa akan terjadi jika pemain lain log masuk pada komputer yang telah dikenakan larangan HWID?
Apabila sebuah komputer dikenakan larangan ID perkakasan, ini bermakna kami telah melarang komponen fizikal komputer tersebut dan bukan sekadar melarang akaun sahaja. Jenis larangan ini bertujuan untuk menghalang penggunaan peranti tersebut daripada mengakses perkhidmatan—dalam kes ini, permainan Riot—tanpa mengira akaun yang digunakan.
Jika akaun lain (contohnya akaun rakan atau ahli keluarga) digunakan untuk log masuk ke permainan pada komputer yang telah dikenakan larangan HWID, dua perkara akan berlaku:
- Akaun tersebut akan dihadkan daripada mengakses produk Riot Games pada peranti yang telah dilarang.
- Akaun itu akan digantung untuk tempoh tertentu, kerana sistem menganggap akaun tersebut cuba mengelak daripada penggantungan asal.
Jika anda mengesyaki komputer tersebut mempunyai larangan HWID, anda disyorkan supaya tidak cuba log masuk dengan mana-mana akaun.
Bagaimanakah pemain yang telah dikenakan larangan HWID boleh menghapuskan larangan HWID mereka?
Jika seorang pemain menerima larangan HWID akibat tingkah laku negatif dalam permainan atau disyaki menipu, ada kemungkinan (tetapi tidak dijamin) larangan itu akan dibatalkan. Beberapa perkara perlu berlaku terlebih dahulu:
- Hantar permintaan sokongan pemain untuk memohon penilaian semula terhadap larangan HWID.
- Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun yang terjejas, anda perlu membuka tiket berasingan untuk setiap akaun supaya Sokongan Pemain boleh menyemak semuanya secara berasingan.
- Kami akan menyiasat akaun tersebut untuk menyemak sama ada penalti itu sah atau tidak
- Kami akan membuat keputusan akhir sama ada untuk menarik balik larangan tersebut atau melanjutkannya.
Apabila larangan HWID pemain ditarik balik, ini bermakna kami tidak lagi akan melarang akaun mereka secara automatik. Walau bagaimanapun, mana-mana akaun yang telah dilarang sebelum ini akan kekal diharamkan sehingga tempoh HWID tamat.
Disebabkan oleh ketegasan larangan HWID, kami akan terus memantau tingkah laku dalam permainan dengan lebih teliti. Jika seorang pemain kembali menunjukkan tingkah laku negatif lama mereka, kami mungkin akan mengenakan semula larangan HWID.
Sebagai peraturan umum, kami tidak membincangkan status pemain yang dikenakan larangan HWID dengan sesiapa kecuali pemain yang terlibat sahaja.
