Anda ditugaskan untuk mendapatkan sumber yang berharga, terus berjuang mempertahankan diri anda dan menjamin dominasi yang berkekalan di seluruh planet. Kini anda tahu sebabnya kami menjangkakan standard yang tinggi daripada anda. Patuhi peraturan dan berani menyahut cabaran kemenangan, atau gagal berlawan dengan berani dan pangkat anda sebagai Ejen akan dibuang. Pilihan di tangan anda, namun kami bersedia untuk membantu anda supaya sentiasa berada di landasan yang benar. Berikut ialah cara untuk mengelakkan sekatan, berlawan dengan adil, dan memperoleh jalur pangkat anda (lebih kurang begitulah).
Kami berharap Ejen kami menjaga tingkah laku mereka dengan penuh kesopanan. Persaingan menjadi seronok hanya apabila persaingan itu sihat, dan kami ada sistem untuk memantau pemain yang mengabaikan protokol persaingan. Berikut termasuk beberapa tingkah laku yang boleh menyebabkan anda menerima hukuman, atau lebih teruk lagi, anda disekat daripada VALORANT.
Kelakuan Tiada Sikap Kesukanan
Jika anda terlibat dalam tingkah laku yang menimbulkan gangguan, kasar, atau berdiskriminasi, anda boleh disekat daripada berkomunikasi dalam permainan atau bahkan disekat sementara atau kekal daripada permainan itu sendiri. Berikut ialah beberapa perbezaan contoh tingkah laku yang mesti dielakkan:
- Menggunakan bahasa yang menghina, mengancam, mengganggu, atau menyinggung perasaan.
- Bahasa kesat yang disasarkan kepada pemain berdasarkan prestasi mereka atau sebaliknya.
- Sebarang jenis diskriminasi atau ucapan kebencian. Ini termasuk menyasarkan bangsa, etnik, agama, keupayaan, orientasi seksual, atau identiti jantina pemain.
- Merosakkan permainan untuk pemain lain dengan aksi dalam permainan, seperti berhenti atau kalah permainan dengan sengaja.
- Mencetuskan konflik, permusuhan, atau perdebatan dalam percubaan untuk menggagalkan atau mengalihkan perhatian daripadan permainan.
- Nama dalam permainan yang tidak senonoh, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kandungan yang lucah, merendahkan atau menghina.
AFK, Keluar Barisan dan Tembak Sekutu
Tiada siapa yang suka dibiarkan memegang Spike tanpa sesiapa yang melindungi mereka, atau ditikam dari belakang oleh keupayaan sekutu. Itulah sebabnya kami mempunyai sistem khusus untuk mengesan tingkah laku buruk seperti AFK, keluar barisan, dan tembak sekutu dengan harapan untuk mengurangkan bilangan Ejen yang memutuskan untuk menjadi MIA atau menjadi pengkhianat. Jika kami mengesan tingkah laku sedemikian, anda boleh ditendang daripada perlawanan untuk menghalang musuh yang bersifat oportunis daripada mengambil kesempatan daripada situasi itu.
Kami berharap Ejen kami bekerjasama, menang atau kalah. Untuk tujuan itu, kami mempunyai pelbagai penalti disediakan berdasarkan kesalahan atau tingkah laku Ejen.
| Penalti | Butiran | Tempoh |
| Amaran | Memberitahu anda bahawa anda telah mencetuskan sistem AFK/Keluar Barisan kami. Pelanggaran lanjut boleh mengakibatkan penalti yang lebih berat. | t/b |
| Penafian XP | Anda akan dinafikan daripada sebarang XP yang diperoleh dalam perlawanan yang mencetuskan penalti ini. | 1 perlawanan |
| Pemotongan Rating pangkat | Jika anda AFK atau keluar barisan dalam perlawanan sengit, anda akan kehilangan 3–30 RR mata, berkemungkinan menolak hingga -30 RR loss barrier (ditunjukkan pada skrin keputusan selepas perlawanan). | 1 perlawanan |
| Pemasa barisan | Anda tidak akan dapat menyertai permainan bukan tersuai sehingga pemasa tamat. | 3–240 min |
| Sekatan berkedudukan | Anda tidak akan dapat memasuki barisan dalam permainan berkedudukan sehingga pemasa tamat. | 7–14 Hari |
| Sekatan permainan VALORANT | Anda tidak akan dapat bermain VALORANT sehingga tarikh dan masa yang ditunjukkan. | 7 hari–kekal |
Jika anda mempunyai rekod bersih (atau hampir bersih), anda tidak mungkin tidak menghadapi banyak—jika ada—hukuman. Walau bagaimanapun, semua penalti di atas adalah kurang mengenai pelanggaran tunggal dan lebih banyak mengenai jumlah sejarah permainan anda. Oleh yang demikian ingatlah:
- Penalti terpakai mengikut tahap keterukan kesalahan—anda tidak semestinya menerima setiap penalti atau menerima penalti mengikut urutan.
- Anda mungkin menerima penalti yang sama beberapa kali atau bahkan dikenakan beberapa penalti sekali gus.
- Sesetengah kesalahan dipandang lebih berat daripada yang lain, maka anda mungkin dikenakan dengan sekatan yang lebih lama secara lalai
Semuanya bergantung pada sejarah tingkah laku dan kesalahan anda—walau pelanggaran kecil pun boleh bertambah seiring masa kepada penalti yang lebih berat.
Untuk maklumat lanjut, pergi ke Soalan Lazim Penalti dan Sekatan (Penalties and Bans FAQ) kami.
Menipu
Penipu sentiasa rugi, dan mereka seringkali disekat—dan sesiapa jua dalam pasukan mereka—disekat. Kami ulang: Bersama dengan penipu (“bussing”) boleh menyebabkan anda disekat. Pasukan sentiasa sibuk di belakang VALORANT telah bekerja keras dalam membangunkan sistem (seperti Riot Vanguard) untuk menghalang segalanya daripada bot hingga perisian pihak ketiga, maka berlawanlah dengan penuh kehormatan dan menanglah dengan kemahiran semata-mata (dan mungkin sedikit tuah).
Rangsangan kedudukan
Jika melibatkan kemenangan dengan kemahiran semata-mata, anda sepatutnya menang dengan kemahiran anda sendiri, bukan kemahiran orang lain. Hal ini bermakna tiada rangsangan kedudukan.
Jika anda tidak biasa dengan istilah ini, rangsangan kedudukan ialah satu bentuk penipuan apabila seseorang pemain log ke akaun pemain lain untuk memenangi permainan berkedudukan untuk mereka, menaikkan (atau merangsang) kedudukan mereka hingga peringkat lebih tinggi. Rangsangan kedudukan bukan sahaja amalan bersifat mengelirukan yang merosakkan integriti komuniti VALORANT, perbuatan ini melanggar Terma Perkhidmatan kami—anda tidak boleh berkongsi akaun atau Kelayakan Log Masuk (nama pengguna/kata laluan) anda dengan sesiapa pun. Seperti bentuk penipuan lain, rangsangan kedudukan dan sabotaj (bussing) ialah kesalahan yang boleh dikenakan sekatan.
Perlu Melaporkan Pemain?
Anda boleh berbuat demikian dengan menekan butang Esc dan mengklik butang Laporkan bersebelahan nama pemain. Jika anda tidak berpeluang untuk melaporkan mereka semasa perlawanan, anda boleh berbuat demikian di sini.
