Beralih dari permainan normal ke ranked boleh jadi menakutkan. Walaupun ia adalah Wild Rift yang sama tetapi pemainnya lebih fokus.Lebih sengit. Mendahagakan pertarungan, untuk berada di atas...

Kebuluran untuk Markah Ranked!

Apakah itu Markah Ranked?

Ranked_Marks.png

Markah Ranked adalah cara pemain Iron hingga Sovereign menjejak naik (dan turun) tangga mereka. Anda perlukan sejumlah Markah Ranked untuk menaiki empat divisyen (sekurang-kurangnya hingga master!) dan anda memperoleh/hilang markah bergantung pada keputusan setiap perlawanan. Namun, jumlah Markah Ranked yang dipertaruhkan bergantung pada beberapa perkara.

Sebilangan besar permainan Ranked mematuhi model permainan zero-sum:

Menang+1 Markah Ranked
Defeat (Bronze–Iron)Tiada perubahan
Defeat (Silver–Challenger)-1 Markah Ranked

Pampasan untuk pemenang, penat untuk yang kalah! Sistem mudah ini adalah untuk sebahagian besar permainan Ranked Iron–Sovereign , melainkan anda memiliki Fortitude untuk mengubah nasib anda!

Fortitude Ranked

Sistem Ketabahan Ranked adalah cara kami membantu pemain yang mempunyai impak positif secara konsisten terhadap permainan mencapai tahap sebenar mereka lebih cepat. Mengumpul Mata Ketabahan dapat mengurangkan padah kekalahan ataupun menggandakan hadiah kemenangan!

Tertarik? Mari lihat panduan tentang Ranked Fortitude kami!!

Berapa banyakkah Markah Ranked yang saya perlukan di setiap divisyen?

Perkara itu bergantung pada peringkat!

Iron–Diamond

PERINGKATMARKAH RANKED SETIAP DIVISYEN
Iron2
Bronze–Silver3
Gold–Platinum4
Emerald5
Diamond6

Setelah mengisi Markah Ranked untuk satu divisi, anda akan melompat ke divisi seterusnya! Namun untuk menaiki antara peringkat, anda harus melengkapkan siri promo yang boleh anda pelajari di Gambaran Keseluruhan Ranked kami.

Ingat: setiap peringkat daripada Iron kepada Diamond mempunyai empat divisyen (Iron IV, Iron III, Iron II, Iron I, kemudian Bronze IV, Bronze III, Bronze II, Bronze I, dll), jadi ia memerlukan lebih banyak permainan untuk melepasi Diamond berbanding ketika di Iron.

Master, Grandmaster, Challenger, dan Sovereign

Master sehingga Challenger adalah sedikit berbeza—peringkat ini tidak mempunyai divisyen! Sebaliknya, anda perlu mengumpul jumlah Markah yang jauh lebih tinggi untuk naik peringkat.

PERINGKATMARKAH RANKED MINIMUM
Master1
Grandmaster30
Challenger60
Sovereign100

Jika anda berjaya mencapai Sovereign, Markah Peringkat anda akan terus meningkat. Sudah tentu, anda masih memerlukan sebanyak mungkin Markah Ranked, kerana kumpulan pemain terbaik akan bersaing untuk merebut tempat teratas di papan pendahulu serantau yang akan diset semula setiap hari!

RantauSaiz Papan Pendahulu Tahap
China5000
Asia400
Amerika300
Eropah300

Penurunan Ranked

Jika anda di bawah Master, anda tidak perlu risau tentang penurunan Ranked. Setelah anda mencapai  Master atau lebih atas, anda perlu bermain sekurang-kurangnya satu permainan Ranked setiap tujuh hari untuk mengelakkan daripada kehilangan satu Markah Ranked setiap minggu. 

Jika anda kehilangan semua Markah Ranked anda, anda akan diturunkan ke rank sebelumnya, sehingga Diamond I dengan 4 Markah Ranked

Bagaimana pula dengan Legendary Queue?

Selamat datang ke liga besar, orang baru!

Legendary Queue menggunakan sistem kemajuan yang berbeza untuk mencerminkan taruhannya yang lebih tinggi. Lihat halaman Legendary Queue untuk mengetahui segala-gala mengenainya!