Kuasa alam semula jadi purba yang dikelilingi oleh kengerian moden, Maokai membuktikan bahawa ada lagi yang perlu ditakuti di Shadow Isles daripada Black Mist. Uji pengetahuan anda tentang the Twisted Treant semasa Maokai menyertai League of Legends: Wild Rift.

Tarikh

Mula - 14 Jun 2024 / 08:00 pagi GMT+8
Jawapan Didedahkan - 24 Jun 2024 / 07:59 pagi GMT+8
Tamat - 28 Jun 2024 / 07:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Pastikan anda memasukkan semua tekaan anda sebelum jawapan didedahkan, kemudian tuntut semua ganjaran anda sebelum event tamat.

Vengeance Bloom

Apa-apa sahaja sumpahan yang berlaku ke atas Shadow Isles, Maokai adalah bukti bahawa alam semula jadi masih berkuasa.

Menang permainan matchmade untuk membuka kunci soalan, kemudian serahkan jawapan anda untuk peluang memenangi lebih banyak hadiah (dan mempelajari kebenaran!) sebaik sahaja event selesai.

ObjektifGanjaran
Sertai event!Buka Kunci Soalan 1
Menang 2 perlawananBuka Kunci Soalan 2
Kad Percubaan Maokai
Menang 2 perlawananBuka Kunci Soalan 3
170 Blue Mote
Menang 2 perlawananBuka Kunci Soalan 4
170 Blue Mote
Menang 2 perlawananBuka Kunci Soalan 5Emote

Yowch!
Menang 2 perlawananBuka Kunci Soalan 6
170 Blue Mote

Ketahui asal-usul Maokai dengan mengaktifkan kesemua 6 soalan dan anda akan mendapat bauble Treant's Gift.

 

Kebenaran Terbongkar

Pada 24 Jun 2024 pada jam 07:59 pagi GMT+8, semua jawapan akan didedahkan! Setiap soalan yang betul akan memberi anda 85 Poro Energy dan anda akan mendapat 75 Poro Coin jika anda salah dalam setiap soalan. Jika jawapan anda betul kesemuanya, anda akan mendapat bonus istimewa—20 Orange Gemstone.

Jika anda…Ganjaran
Salah untuk setiap soalan (perlu meneka sekurang-kurangnya sekali!)75 Poro Coin
Betul untuk setiap soalan85 Poro Energy
Betul untuk semua20 Orange Gemstone