Revered Inventor sendiri akan datang untuk menilai League of Legends: Inovasi Hextech baharu Wild Rift dalam A Scientific Conundrum!

Jadual

Tonjolkan kepintaran akal anda untuk menyelesaikan teka-teki pada tarikh ini:

Mula - 10 Oktober 2024 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 18 Oktober 2024 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Puzzle It Out

Semua yang anda perlukan untuk menyelesaikan teka-teki ini terdapat pada halaman event dalam klien. Selesaikan rasa ingin tahu anda dan cari petunjuk pada skrin dengan beberapa ketikan yang dikira dengan teliti untuk mencari jawapan!

Misi

Eksperimen ialah asas sains! Uji kebolehan anda membuat kesimpulan dengna menyelesaikan misi di bawah:

Misi
–
Objektif
Ganjaran
Begin the Experiment
–
Berinteraksi dengan alatan makmal
300 Blue Mote
Look for Clues
–
Cari log ralat
250 Hex Rift Badge
Solve the Puzzle
–
Aktifkan tangan mekanik
Emote Seriously?!
500 Hex Rift Badge
An Even Larger Experiment
–
Semak selepas kemas kini patch (tersedia selama seminggu selepas patch)
200 Poro Energy