Saksikan bintang - Astral Wish kini telah tiba di League of Legends: Wild Rift! Event terhad masa ini membolehkan anda mengumpul ganjaran hebat melalui gabungan hadiah harian percuma, cabutan bertuah, dan penciptaan shard, dengan tempoh DITINGKATKAN istimewa yang memberikan tarikan anda lonjakan kosmik.

Sama ada anda di sini untuk mencuba nasib, perlahan-lahan mengejar skin impian, atau sekadar mengumpul ganjaran harian anda, Astral Wish pasti ada sesuatu untuk anda.

Jadual

Mula: 9 April 2026 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 26 September 2026 // 7:59 pagi GMT+8

*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Bagaimanakah Caranya?

Astral Wish berasaskan sistem loteri yang digabungkan dengan penciptaan shard. Tuntut ganjaran harian atau buat pembelian tertentu untuk memperoleh Astral Ore, yang boleh ditukar untuk satu atau 10x cabutan bagi mendapatkan skin, kosmetik, dan shard.

Jika anda tidak mendapat ganjaran penuh serta-merta, jangan risau – shard yang anda peroleh boleh disimpan dan ditukar kemudian. Semasa tempoh DITINGKATKAN istimewa (kebiasaannya pada hujung minggu), kadar perolehan untuk ganjaran peringkat tinggi akan meningkat dan lebih banyak pakej serta pilihan kedai akan tersedia, menjadikannya masa terbaik untuk membelanjakan item yang anda simpan.

Sepanjang event, anda akan berinteraksi dengan beberapa mata wang istimewa:

  • Astral Ore: Digunakan untuk melakukan cabutan loteri. Sebarang Astral Ore yang tidak digunakan akan luput apabila event tamat dan akan ditukar secara automatik kepada Condensed Ore.
  • Polyshard: Boleh digunakan untuk menebus sebarang ganjaran yang tersedia. Ini juga boleh digabungkan dengan Monoshard. Serpihan yang tidak digunakan akan ditukar menjadi Blue Mote apabila event berakhir.
  • Monoshard: Digunakan untuk menebus ganjaran tertentu sahaja. Ini diperoleh melalui cabutan, pakej, atau kedai refresh dan akan ditukar menjadi Blue Mote selepas event jika tidak digunakan.

Loteri

Anda boleh menggunakan Astral Ore untuk:

  • Cabutan tunggal
  • 10x cabutan

Ganjaran termasuk skin, companion, emote, dan shard. Jika anda dapat sesuatu yang anda sudah miliki, ganjaran itu akan ditukar secara automatik kepada Shard.

Semasa tempoh DITINGKATKAN, peluang untuk mendapatkan skin lengkap adalah jauh lebih tinggi, dan pilihan kedai khas akan dibuka untuk membantu anda maju dengan lebih pantas.

Pengaktifan DITINGKATKANPenyahaktifan DITINGKATKAN
April 18, 2026 // 8:00 pagi GMT+8April 20, 2026 // 7:59 pagi GMT+8
2 Mei 2026 // 8:00 pagi GMT+84 Mei 2026 // 7:59 pagi GMT+8
16 Mei 2026 // 8:00 pagi GMT+818 Mei 2026 // 7:59 pagi GMT+8
30 Mei 2026 // 8:00 pagi GMT+81 Jun 2026 // 7:59 pagi GMT+8
13 Jun 2026 // 8:00 pagi GMT+815 Jun 2026 // 7:59 pagi GMT+8
27 Jun 2026 // 8:00 pagi GMT+829 Jun 2026 // 7:59 pagi GMT+8
11 Julai 2026 // 8:00 pagi GMT+813 Julai 2026 // 7:59 pagi GMT+8
25 Julai 2026 // 8:00 pagi GMT+827 Julai 2026 // 7:59 pagi GMT+8
8 Ogos 2026 // 8:00 pagi GMT+810 Ogos 2026 // 7:59 pagi GMT+8
22 Ogos 2026 // 8:00 pagi GMT+824 Ogos 2026 // 7:59 pagi GMT+8
5 September 2026 // 8:00 pagi GMT+87 September 2026 / 7:59 pagi GMT+8
19 September 2026 // 8:00 pagi GMT+821 September 2026 // 7:59 pagi GMT+8
3 Oktober 2026 // 8:00 pagi GMT+85 Oktober 2026 // 7:59 pagi GMT+8

Pakej

Astral Wish merangkumi beberapa pakej untuk membantu anda membina kemajuan dari semasa ke semasa:

  • Satu pakej harian percuma yang boleh anda tuntut setiap hari
  • Pakej harian, mingguan, dan bulanan tersedia untuk dibeli
  • Semasa tempoh DITINGKATKAN, pakej terhad tambahan akan muncul dan boleh dibeli sekali sahaja bagi setiap tetingkap DITINGKATKAN

Pakej percuma memberikan Monoshard, manakala pek berbayar memfokuskan Polyshard. Kadar perolehan tepat sentiasa dipaparkan dalam permainan.

Ganjaran

Kedai Pertukaran dan Penciptaan

Serpihan yang diperoleh dari event boleh digunakan di Kedai Pertukaran untuk menebus ganjaran. Anda boleh:

  • Menggunakan Monoshard, Polyshard, atau gabungan kedua-duanya
  • Menebus ganjaran selagi anda memenuhi keperluan Shard
  • Menye=egarkan kedai sekali sehari secara percuma, atau gunakan Blue Mote untuk penyegaran tambahan

Kedai Pertukaran akan dibuka sedikit lebih lama berbanding loteri, memberi anda masa tambahan untuk membelanjakan apa yang anda telah peroleh.

Ganjaran Milestone

Setiap cabutan yang anda buat juga akan dikira untuk ganjaran milestone. Ini akan terbuka secara automatik apabila anda mencapai jumlah cabutan tertentu, memberi anda Astral Ore atau Condensed Ore tambahan sepanjang perjalanan.

Setelah mencapai satu milestone, pastikan anda menuntutnya sebelum beralih ke pencapaian seterusnya.

Cabutan

Ganjaran

5Astral Ore
15Astral Ore
302 Astral Ore
60500 Condensed Ore
1001000 Condensed Ore