Raikan dengan penuh gaya dan jadi tumpuan dengan Ahri! Lakukan Cheer untuk kumpul ganjaran, dapatkan Tiket Stub, dan capai Kotak Khas Thousand Reflections, menampilkan skin Ultimate Ahri dengan tiga bentuk memukau: K/DA Ahri Gilded, K/DA Ahri Lollipop, dan K/DA Ahri Lumen.
Jadual
Mula: 4 November 2026 // 8:00 pagi (GMT+8)
Tamat: 7 Mei 2027 // 11:59 malam GMT+8
*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak jadual event dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Bagaimanakah Caranya?
Event ini berpusat pada Cheer, yang membolehkan anda memperoleh Ticket Stub, membuka Skin Box, dan mengumpul Heart untuk ganjaran tambahan.
Mari Bermula
Log masuk sepanjang event untuk menerima ganjaran berikut:
- Hari pertama: 1 Baucar Cheer Percuma dan 10 Baucar Cheer Diskaun 50%.
- Mulai hari kedua dan seterusnya: 2 Keratan Tiket untuk setiap log masuk harian, boleh dituntut ehingga 6 kali untuk jumlah keseluruhan 12 Ticket Stub.
Melakukan Cheer
Setiap Cheer memerlukan 10 Lencana Cheer. Lencana Cheer boleh dibeli dengan 12 Wild Core setiap satu, dengan had pembelian sebanyak 9999 Lencana Cheer sepanjang event.
Setiap Cheer memberikan Ticket Stub dan peluang untuk mendapatkan Kotak Khas Thousand Reflections, yang mengandungi skin Ultimate Ahri dengan ketiga-tiga bentuk serta 18 item penyesuaian bonus.
Jika anda telah menebus Kotak Khas dari Kedai Penebusan, dan kemudian anda mendapatkannya sekali lagi melalui Cheer, ini akan menukarkannya kepada 2,500 Ticket Stub.
Mata Cheer dan Kotak Skin
Setiap Cheer juga memberikan 1 Mata Cheer. Kumpul 10 Mata Cheer untuk buka Kotak Skin secara percuma.
Setiap Cheer mempunyai 10% peluang untuk mengaktifkan Crit Strike, memberikan 2 Mata Cheer tambahan. Cheer pertama anda dijamin akan mencetuskan Crit Strike!
Kotak Skin boleh mengandungi skin Biasa atau Epik, atau Kotak Istimewa Khas Thousand Reflections. Jika anda menerima skin, anda boleh memilih untuk menuntutnya atau menukarnya dengan Ticket Stub yang bernilai setara. Skin yang anda sudah miliki akan ditukar secara automatik kepada Ticket Stub.
Kotak Skin juga boleh memberikan Heart, yang membuka Ganjaran Hadiah Cinta tambahan.
Ganjaran Hadiah Cinta
Kumpul hingga 9 Heart daripada Kotak Skin untuk membuka ganjaran berikut:
| Ganjaran | Heart |
|---|---|
| 1 | Emblem Pemain Flamebeat Flutter |
| 2 | Emote Animasi Shining Superstar |
| 3 | Recall Tersuai Dreamy Soundwaves |
| 4 | 150 Ticket Stub |
| 5 | Ikon Animasi Astral Resonance |
| 6 | Homeguard Trail Musical Heartbeats |
| 7 | Prestasi Akhir Permainan Brilliant Stage |
| 8 | 350 Ticket Stub |
| 9 | Penamat Grand Finale Nexus |
Baucar Diskaun Cheer
Anda mungkin akan menerima Baucar Cheer Diskaun 50% semasa melakukan Cheer. Setiap baucar mengurangkan kos satu Cheer sebanyak 5 Lencana Cheer. Hanya satu baucar diskaun boleh digunakan untuk setiap Cheer.
Jika anda memiliki kedua-dua Baucar Cheer Percuma dan Baucar Cheer Diskaun 50%, Baucar Cheer Percuma akan digunakan terlebih dahulu.
Apabila melakukan beberapa Cheer serentak, jumlah baucar yang digunakan tidak boleh melebihi jumlah Cheer yang dilakukan.
Kedai Penebusan
Dapatkan Ticket Stub dengan melakukan Cheer, membuka Kotak Skin, dan mengumpul ganjaran event tertentu.
Anda boleh menggunakan Ticket Stub di Kedai Penebusan untuk mendapatkan ganjaran seperti:
- Kotak Khas Thousand Reflections
- Patung Rift Ahri & Gaya Ultimate
- Peti Skin Rawak
- Ganjaran event lain
Kebarangkalian Ganjaran
Kadar berikut digunakan untuk ganjaran event. Anda juga boleh menyemak tab Ganjaran dalam permainan untuk kebarangkalian yang berkenaan.
Ganjaran Cheer
| Ganjaran | Kadar Perolehan |
|---|---|
| 3 Ticket Stub | 57.7999% |
| 5 Ticket Stub | 23.6000% |
| 8 Ticket Stub | 15.0000% |
| 18 Ticket Stub | 2.1000% |
| 68 Ticket Stub | 1.5000% |
| Kotak Khas Thousand Reflections | 0.0001% |
Ganjaran Kotak Skin
| Ganjaran | Kadar Perolehan |
|---|---|
| Skin Biasa atau 20 Ticket Stub | 82.1990% |
| Skin Epik atau 58 Ticket Stub | 17.8000% |
| Kotak Khas Thousand Reflections | 0.0010% |
Kadar Perolehan Heart
Setiap Kotak Skin berpotensi mengandungi Heart, sehingga maksimum 9 Heart.
Peluang untuk menerima Heart bergantung pada berapa banyak Heart yang anda sudah miliki. Sebaik sahaja anda mencapai jumlah Kotak Skin yang diperlukan tanpa menerima Heart seterusnya, Kotak Skin berikutnya dijamin akan mengandunginya.
Penghitung jaminan akan ditetapkan semula apabila anda memperoleh satu Heart dan mula mengira untuk Heart seterusnya.
1| Heart | Kadar Perolehan & Dijamin |
|---|---|
| 100.0% Dijamin selepas membuka 1 Kotak Skin | |
| Kedua | 40.0% Dijamin selepas membuka 2 Kotak Skin |
| Ketiga | 23.5% Dijamin selepas membuka 3 Kotak Skin |
| Ke-4 | 17.5% Dijamin selepas membuka 4 Kotak Skin |
| Ke-5 | 13.8% Dijamin selepas membuka 5 Kotak Skin |
| Keenam | 11.4% Dijamin selepas membuka 6 Kotak Skin |
| Ke-7 | 9.7% Dijamin selepas membuka 7 Kotak Skin |
| Ke-8 | 6.8% Dijamin selepas membuka 9 Kotak Skin |
| Ke-9 | 1.2% Dijamin selepas membuka 13 Kotak Skin |
Kadar Perolehan Baucar Cheer Diskaun 50%
Dalam julat Cheer tertentu, anda boleh memperoleh Baucar Cheer Diskaun 50% tambahan. Setiap julat mempunyai bilangan baucar terjamin yang anda boleh terima, dengan peluang untuk memperoleh baucar tambahan sehingga had maksimum.
Sebagai contoh, antara Cheer ke-21 hingga ke-45, anda dijamin akan menerima 10 baucar secara keseluruhan, dengan peluang untuk memperoleh hingga 12 baucar.
| Kiraan Cheer | Butiran Baucar |
|---|---|
| 11–20 | Kadar Perolehan: 100% setiap cheer Dijamin: 10 baucar Maksimum: 10 baucar |
| 21–45 | Kadar Perolehan: 75% setiap cheer Dijamin: 10 baucar Maksimum: 12 baucar |
| 46–70 | Kadar Perolehan: 75% setiap cheer Dijamin: 10 baucar Maksimum: 12 baucar |
| 71–100 | Kadar Perolehan: 60% setiap cheer Dijamin: 10 baucar Maksimum: 12 baucar |
| 101–130 | Kadar Perolehan: 60% setiap cheer Dijamin: 10 baucar Maksimum: 12 baucar |
Ganjaran Pendua
Jika anda menerima ganjaran yang sudah dimiliki, ia akan ditukar kepada Ticket Stub seperti berikut:
| Penukaran | Ganjaran Pendua |
|---|---|
| Kotak Khas Thousand Reflections | 2,500 Ticket Stub |
| Skin Biasa | 20 Ticket Stub |
| Skin Epik | 58 Ticket Stub |
Selepas Event
Sebaik sahaja event berakhir, sebarang ganjaran yang belum dituntut akan dihantar ke peti mel dalam permainan anda.
Lencana Cheer Tidak Digunakan, Ticket Stub, Baucar Cheer Percuma, dan Baucar Cheer Diskaun 50% akan kekal dalam akaun anda selepas event tamat.
Sebarang skin rawak yang belum dituntut daripada Kotak Skin yang telah dibuka juga akan dihantar ke mel dalam permainan anda. Jika anda sudah memiliki skin tersebut, anda akan menerima Ticket Stub dengan nilai yang sama sebagai gantinya.
