Bersedia untuk SMASH dalam League of Legends: Wild Rift! Raikan semangat persaingan dan komuniti dengan menyelesaikan misi di lima mercu tanda bertemakan SMASH, kumpul ganjaran, dan dapatkan hadiah kenangan eksklusif.
Jadual
Mula: 18 November 2026 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 2 Disember 2026 // 7:59 pagi GMT+8
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Bagaimanakah Caranya?
Event Ready to SMASH menampilkan lima mercu tanda, setiap satu dengan dua misi untuk diselesaikan.
Misi Mercu Tanda
Selesaikan misi-misi berikut untuk meraih ganjaran dan maju ke milestone terakhir.
| Objektif | Ganjaran |
|---|---|
| Log masuk sekali semasa event berlangsung | 1 Peti Ikon League of Legends Classic |
| Main 3 permainan | 200 Blue Mote |
| Hancurkan 30 turret sebagai satu pasukan | 100 Condensed Mote |
| Dapatkan 100 takedown | 3 Pek Hijau Kad |
| Kenakan 100,000 damage pada champion musuh | 2 Pek Kad Biru |
| Dapatkan sejumlah 100,000 gold | 1 Pek Kad Ungu |
| Musnahkan 5000 minion sebagai satu pasukan | 1 Boost Blue Mote |
| Gunakan Summoner Spell 100 kali | 1 Boost XP |
| Bermain selama 100 minit secara keseluruhan | 1 Peti Ikon League of Legends Classic |
| Sebagai satu pasukan, dapatkan 300 takedown | 1 Kad Tenaga Ranked |
Kemajuan misi boleh diperoleh dalam mod permainan berikut:
- PvP Normal
- ARAM
- Ranked dan Legendary Ranked
- Mod pasukan matchmade khas, seperti URF, ARURF, dan One for All
- Co-op vs. AI
Mod Latihan, Permainan Tersuai, dan perlawanan 1v1 tidak dikira untuk kemajuan misi.
Ganjaran Milestone
Selesaikan kesemua 10 misi mercu tanda untuk memperoleh The Sound Resonated Throughout the Venue, ganjaran kenangan eksklusif SMASH 2026.
Perkongsian Ganjaran
Gunakan butang Kongsi di halaman event untuk menjana dan berkongsi imej bertemakan SMASH bagi penyertaan event anda.
Perkongsian imej yang berjaya akan memberi anda 200 Blue Mote.
