Selamat datang ke Meow-ket, di mana Token Segar Semula Meow-ket membuka kunci item yang jarang ditemui untuk diteliti dan dibeli. Kumpulan loot yang unik dan tawaran hebat menanti dalam League of Legends: Wild Rift!
Jadual
Mula: 27 Ogos 2026 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 22 September 2026 // 7:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan masa tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk maklumat yang paling tepat.
Bagaimanakah Caranya?
Meow-Ket beroperasi menggunakan Token Segar Semula Meow-ket, yang boleh diperoleh dengan menyelesaikan objektif. Menggunakan Token akan menyegarkan semula kumpulan item anda dengan kumpulan item baharu sebanyak lapan barangan yang boleh terdiri daripada tiga peringkat berbeza:
- kumpulan 1 bintang: 88% peluang
- kumpulan 2 bintang: 10% peluang
- kumpulan 3 bintang: 2% peluang
Setiap 50 penyegaran semula, anda dijamin akan mendapat kumpulan 3 bintang. Jika anda nampak pendua selepas menyegarkan semula kumpulan ganjaran anda, jangan risau—item itu ditukar keluar untuk item baharu yang berkilat.
Peraturan Pembelian
Pilih dengan bijak, kerana anda hanya boleh membeli satu item untuk setia penyegaran semula dan diskaun item mungkin berbeza berdasarkan kumpulan ganjaran. Pendekatan strategik mungkin berbaloi, kerana loot peringkat lebih tinggi mungkin menawarkan diskaun yang lebih besar.
Kelewatan Meow-ket
Kesabaran itu Penting dalam Meow-ket kerana walaupun ia mungkin berdengung dengan perlahan, tunggu sebentar jika Token anda tidak muncul dengan serta-merta dan pastikan anda menyegar semula pusat event sekali lagi.
Ganjaran dan Misi
Misi | Ganjaran | Had |
| Lengkapakn 1 perlawanan (Normal, Ranked, ARAM, atau mod kasual lain) | 1 Token Segar Semula Meow-Ket | Hingga 50 kali sepanjang event |
| Belanjakan 50 Wild Core (WC) | 1 Token Segar Semula Meow-Ket | Hingga 100 kali sepanjang event |
