Masuki Sacred Reliquary of the Elf Forest untuk peluang mendapatkan Elf Forest Varus dan ganjaran lain yang mempesona! Lakukan cabutan menggunakan Elven Key, pilih apa yang ingin disimpan dalam Bilik Kebal Event anda, dan kumpul Elven Coin untuk ditukar dengan lebih banyak ganjaran.

Jadual

Mula: 10 September 2026 / 8:01 pagi GMT+8
Tamat:7 Januari 2027 // 7:59 pagi GMT+8

*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Bagaimanakah Caranya?

Cabutan Sacred Reliquary

Beli Elven Key pada harga 20 Wild Core setiap satu, kemudian tukarkan 10 Key untuk satu cabutan. Anda boleh memilih untuk mencabut sekali atau lima kali dalam satu masa.

Setiap cabutan berpeluang untuk memberikan ganjaran seperti:

  • Elf Forest Varus
  • Peti Rawak Skin Terhad
  • Peti Rawak Skin Legendary
  • Elven Coin
  • Item lain

Semak halaman event dalam permainan untuk senarai penuh ganjaran dan kadar perolehan ganjaran tersebut.

Bilik Kebal Event

Kebanyakan ganjaran (kecuali Elf Forest Varus dan Elven Coin) yang anda peroleh melalui cabutan akan dihantar ke Bilik Kebal Event anda.

Sebaik sahaja ganjaran berada dalam Bilik Kebal Event anda, anda boleh memilih untuk menuntut ganjaran tersebut atau menukarkannya kepada Elven Coin.

Kedai Pertukaran dan Elven Coin

Anda memperoleh Elven Coin melalui cabutan, ganjaran milestone dan dengan menukar ganjaran yang layak dari Bilik Kebal Event anda.

Gunakan Elven Coin di Kedai Pertukaran untuk menebus ganjaran seperti:

  • Elf Forest Varus
  • Kosmetik Elf Forest Varus, termasuk ikon, bingkai, emote, dan lagak gaya
  • Skin terhad
  • Peti Skin

Ganjaran Milestone Loteri

Capai milestone cabutan tertentu untuk membuka ganjaran tambahan. Pada setiap milestone, anda boleh memilih salah satu daripada dua ganjaran yang tersedia.

Jumlah Cabutan

Pilihan Ganjaran

110 Hextech Key
ATAU
3 Elven Coin
10800 Condensed Ore
ATAU
7 Elven Coin
2050 Astral Ore
ATAU
40 Elven Coin
5050 Elven Key
ATAU
40 Elven Coin
80Peti Rawak Skin Legendary
ATAU
50 Elven Coin