Raikan keindahan rangkaian skin Crystal Rose dalam League of Legends: Wild Rift Crystal Rose Promise of Bloom! Buat cabutan untuk mendapatkan skin Crystal Rose yang ditampilkan, raih ganjaran milestone dan kumpul mata wang event untuk ditukar dengan ganjaran tambahan di Kedai Pertukaran.
Jadual
Mula: 14 Ogos 2026 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 10 September 2026 // 7:59 pagi GMT+8
*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Bagaimanakah Caranya?
Cabutan Crystal Rose
Beli Crystal Keys dengan 200 Wild Core setiap satu untuk membuat cabutan event.
Sebelum membuat cabutan, pilih skin Crystal Rose yang baru dilancarkan untuk ditampilkan. Skin yang dipilih akan mempunyai kadar jatuhan yang lebih tinggi berbanding skin Crystal Rose lain yang tersedia dalam himpunan hadiah.
Selain skin Crystal Rose yang ditampilkan, anda juga berpeluang untuk mendapatkan skinline Crystal Rose yang pernah dikeluarkan sebelum ini, peti, lagak gaya, sempadan skin, ikon, emote, dan banyak lagi!
Kedai Pertukaran
Kumpul Brilliant Rose melalui cabutan, kemudian tebus di Kedai Pertukaran untuk menuntut:
- Kosmetik bertemakan Crystal Rose
- Ganjaran event pemain kembali
- Peti Ganjaran
- Rose Heart
Dapatkan Rose Heart dengan "tambah nilai" (iaitu membeli Wild Core) secukupnya untuk mencapai milestone yang disenaraikan di bawah, kemudian tebus di Kedai Pertukaran untuk menerima:
- Peti Skin
- Skin Terpilih
Ganjaran
Ganjaran Milestone Tambah Nilai
Wild Core Ditambah Nilai | Ganjaran |
| 100 | 50 Rose Heart |
| 1000 | 100 Rose Heart |
| 2000 | 500 Rose Heart |
| 5000 | 1000 Rose Heart |
| 15,000 | 1500 Rose Heart |
Ganjaran Milestone Loteri
Jumlah Cabutan | Ganjaran |
| 5 | Hextech Key |
| 10 | Emote Romance on the Wind |
| 20 | 10 Astral Ore |
| 50 | 20 Astral Ore |
| 100 | Homeguard Trail Crystal Rose Radiance |
