Anda telah lama dapat berkongsi senjata dalam permainan tetapi kini anda boleh memberi rakan anda peralatan yang akan disimpan oleh mereka untuk selama-lamanya melalui pemberian hadiah!

Keperluan dan Had Pemberian VALORANT

Sebelum anda menghujani hadiah kepada semua rakan anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang orang yang boleh memberi hadiah (pemberi hadiah!) dan menerima hadiah (penerima hadiah!):

  • Akaun VALORANT pemberi hadiahmestilah pada tahap 15 sekurang-kurangnya.
  • Kedua-dua pemberi hadiah dan penerima hadiah mesti berkawan selama sekurang-kurangnya seminggu dan tidak boleh disekat secara kekal.
  • Anda boleh menghantar had sepuluh hadiah setiap hari.
  • Anda tidak boleh menghantar kandungan yang sudah dimiliki oleh penerima hadiah.
  • Kedua-dua pemain mesti berada di shard permainan yang sama DAN di rantau yang sama (jika anda bermain pada shard permainan yang tidak sesuai lokasi geografi anda, pemberian hadiah mungkin tidak berfungsi dengan betul):
Had Pemberian Hadiah untuk Shard Permainan
Asia Tenggara/Asia-Pasifik (AP)
Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA)
Korea (KR)
Amerika Latin (LATAM)
Brazil (BR)
Amerika Utara (NA)
  • Jika anda berada di rantau berikut (lokasi geografi, bukan shard!), anda hanya boleh memberikan hadiah kepada pemain lain di rantau yang sama:
Had Pemberian Hadiah untuk Rantau Tertentu
Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam (pemain di rantau ini boleh memberikan hadiah kepada satu sama lain tetapi tidak untuk pemain di luar rantau ini)
Turkiye
Rusia
Ukraine
Iran

Jika anda memenuhi semua keperluan ini tetapi masih tidak dapat menghantar hadiah, hantarkan mesej kepada kami dan kami akan lihat keputusannya.

Apakah Hadiah Jenis yang Boleh Anda Hantar dalam VALORANT?

Anda boleh membeli bundle kedai dipaparkan (atau item individu dalam bundle) untuk rakan anda. Dan jangan risau jika mereka sudah memiliki sebahagian daripada kandungan itu— harga akan diubah supaya anda hanya membeli perkara yang mereka tidak ada.

Bagaimana pula dengan menghadiahkan kandungan lain?

Kami merancang untuk menambahkan lebih banyak pilihan pada masa hadapan, jadi nantikannya!

Cara untuk Menghantar Hadiah dalam VALORANT

  1. Navigasi ke Kedai.
  2. Cari item yang mahu anda hadiahkan dalam Bundle Kedai Ditampilkan.
  3. Pilih butang GIFT di penjuru kanan sebelah bawah.
  4. Pilih satu Penerima. (Jangan lupa peraturan di atas!)
  5. Pilih item khusus yang anda mahu hadiahkan dan pilih SETERUSNYA.
  6. Sahkan harga pada halaman seterusnya, kemudian pilih BELI.
  7. Ia dalam mel!

Selepas Hadiah Dihantar

Sebaik sahaja anda menghantar hadiah, perkara yang akan berlaku seterusnya terpulang kepada rakan anda. Mereka boleh…

  • TERIMA hadiah itu dan nikmati peralatan baharu mereka.
  • TOLAK hadiah untuk mengeluarkan bayaran balik kepada akaun pemberi hadiah.
  • TIDAK MELAKUKAN APA-APA SELAMA 60 HARI, selepas itu pembelian dikembalikan ke akaun pemberi hadiah. Ambillah atau item itu hilang!

Jika anda ingin tahu sama ada hadiah anda telah diterima atau tidak, anda perlu menghubungi rakan penerima anda untuk pengesahan.

Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk hadiah yang telah diterima?

Tidak, tidak boleh buruk siku! (Melainkan diperlukan oleh rantau)