Jika permainan anda tidak memberikan respons kepada papan kekunci atau tetikus seperti yang sepatutnya, jangan risau, anda tidak tersekat. Mari kita aktifkan semula input anda supaya anda boleh kembali ke medan pertempuran.

Cuba peranti persisian lain

Jika boleh, sambungkan tetikus atau papan kekunci lain untuk melihat sama ada masalah masih berlaku atau tidak.

Ini membantu mengesahkan sama ada peranti asal mungkin rosak atau tidak.

Kemas kini pemacu peranti anda

Pemacu yang lapuk atau hilang boleh menyebabkan masalah pada tetikus atau papan kekunci.

  1. Lawati laman web pengeluar peranti anda dan muat turun pemacu terkini untuk model anda
  2. Mulakan semula PC anda selepas pemasangan

Lakukan But Bersih

Sesetengah aplikasi latar belakang boleh mengganggu cara peranti persisian berfungsi dalam permainan.

Anda boleh lakukan But Bersih untuk mematikan perkhidmatan latar belakang yang tidak penting buat sementara waktu dan mengenal pasti jika salah satu daripadanya menjadi punca.

Semak tetapan dalam permainan

  1. Lancarkan permainan
  2. Buka Tetapan
  3. Dalam Kawalan, semak semula ikatan kekunci anda

Tetapkan semula konfigurasi dalam permainan anda

Fail config permainan yang rosak boleh menyebabkan masalah prestasi atau input. Tidak pasti cara untuk melakukannya? Kami sedia membantu!

League of Legends
  1. Pastikan klien Riot dan permainan anda ditutup
  2. Tekan Kekunci Windows 🪟 untuk membuka Menu Windows
  3. Taip dan buka File Explorer
  4. Dalam bar carian, salin dan tampal perkara yang berikut:

    C:\Riot Games\League of Legends\Config

  5. Padam semua fail dalam folder Config
  6. Buka klien Riot
  7. Jika fail baharu muncul dalam folder Config, padamkannya
  8. Log masuk ke League dan padamkan fail Config sekali lagi jika ia muncul semula
  9. Mulakan permainan tersuai dan main selama 5 minit
  10. Sebelum menutup permainan, tetapkan semula semua kepada lalai:
    1. Buka Tetapan anda
    2. Pergi ke tab Kawalan
    3. Klik butang Tetapkan semula kepada lalai permainan
  11. Tutup permainan dan log keluar dari akaun anda
  12. Uji peranti persisian anda untuk melihat sama ada masalah masih berlaku atau tidak
VALORANT

⚠️ Jika anda telah menyediakan sebarang Profil Ejen, sila padamkannya dan sediakan semula selepas melaksanakan langkah-langkah di bawah.

  1. Pastikan klien Riot dan permainan anda ditutup
  2. Tekan Kekunci Windows 🪟 untuk membuka Menu Windows
  3. Taip dan buka File Explorer
  4. Dalam bar carian, salin dan tampal perkara yang berikut:

    C:\Users\%USERPROFILE%\AppData\Local\VALORANT\Saved\Config\

  5. Padam semua fail dalam folder Config
  6. Buka klien Riot
  7. Jika fail baharu muncul dalam folder Config, padamkannya
  8. Log masuk ke VALORANT dan padam fail Config sekali lagi jika ia muncul semula
  9. Mulakan permainan tersuai dan bermain selama 5 minit
  10. Sebelum menutup permainan, tetapkan semula semua kepada lalai:
    1. Buka Tetapan anda
    2. Pergi ke tab Kawalan
    3. Klik butang Tetapkan semula kepada lalai permainan
  11. Tutup permainan dan log keluar dari akaun anda
  12. Mulakan semula permainan

Kemas kini Windows

Isu input kadangkala boleh dikaitkan dengan versi Windows yang sudah lapuk, oleh itu pastikan ia telah dikemas kini!

Baiki atau pasang semula permainan

Jika semua cara lain tidak berjaya, pemasangan semula yang bersih sepatutnya dapat menyelesaikan masalah! Kami ada panduan berguna untuk itu kalau anda tersesat.

Masih buntu walaupun dah mencuba semua langkah? Tatal ke bawah dan hantar tiket, Pasukan Sokongan kami sedia membantu anda untuk kembali bertempur.