Tiada yang lebih mengecewakan daripada duduk untuk sesi permainan yang menyeronokkan dan tiba-tiba berdepan dengan mesej ralat. Jangan risau, kami akan membantu anda.
Jika ralat anda mengandungi VAN, anda boleh mendapatkan penyelesaian yang betul dalam artikel ini: Kod Ralat Vanguard
Ralat Sistem/Ralat Kritikal
Kosongkan cache AppData\Local
- Buka folder C:\Users\<anda>\AppData\Local
- Padam folder permainan
- Pergi ke folder Riot Games
- Padam folder permainan
Lakukan But Bersih
Membersihkan proses latar belakang boleh memastikan program lain tidak bersaing dengan permainan anda untuk merebut kapasiti prestasi.
Kami telah menyediakan panduan berguna untuk anda: Cara Melakukan But Bersih
Sesuatu Yang Tidak Kena Telah Berlaku
Jika permainan memaparkan "Gagal untuk dilancarkan. Sesuatu yang tidak kena telah berlaku semasa cuba melancarkan..." ("Failed to launch. Something Unusual happened while trying to launch..."), cuba ikuti langkah-langkah berikut:
Tetapkan aplikasi permainan untuk dijalankan sebagai pentadbir:
- Di lokasi permainan dipasang, klik kanan pada aplikasi permainan
- Pergi ke pilihan Ciri-ciri
- Pergi ke tab Keserasian
- Aktifkan pilihan Jalankan program ini sebagai pentadbir
Pasang semula permainan dan Vanguard
Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah, ikut panduan kami tentang cara untuk memasang semula permainan dan Vanguard.
Masih belum selesai walaupun sudah mencuba semua langkah? Tatal ke bawah dan hantar tiket, Pasukan Sokongan kami sedia membantu anda untuk kembali bertempur.
