Pepijat suka muncul secara tiba-tiba pada waktu yang tidak disangka-sangka. Mungkin topi watak tiba-tiba terapung di udara atau butang pula tiba-tiba tidak dapat diklik lagi. Besar atau kecil, pelik atau merosakkan permainan, setiap pepijat dianggap penting.

Pasukan QA dan kejuruteraan kami sentiasa memburu untuk menghapuskan si pembuat onar ini, dan laporan anda membantu kami menemui pepijat dengan lebih pantas. Jadi jika anda perasan ada sesuatu yang pelik, beritahu kami dan kami akan segera bertindak untuk menyelesaikannya.

Hantar tiket kepada kami

Sebelum menghantar laporan anda, semak laman web kami untuk sebarang isu yang telah diketahui! Jika isu tersebut tiada di situ atau anda masih menghadapi masalah, tatal ke bawah dan hantar tiket laporan pepijat (jika itu pun tidak berjaya, pergi sahaja ke halaman sokongan permainan dan hantar tiket di sana). Untuk kaedah terbaik untuk anda sama ada membetulkan masalah atau membantu ke arah penyelesaian, sila sertakan:

  • Penerangan terperinci tentang pepijat
  • Log permainan
  • Sebarang bukti lain yang anda ada, seperti tangkapan skrin atau video

Selain itu, terima kasih! Kami faham kekecewaan yang dihadapi apabila berdepan dengan sebarang ralat ketika anda hanya ingin bermain, namun kami sentiasa menghargai bantuan anda untuk membantu kami mencari dan membetulkan isu sambil kami terus membangunkan permainan ini.