Jika masalah anda seperti ini, anda berada di tempat yang betul:

  • Ralat Sambungan: Semakan mendapati tindakan akaun yang bermain pada peranti ini telah melanggar Peraturan Pengguna (Seksyen 7) dalam Terma Perkhidmatan kami. […] Kod Ralat: VAN 152
  • Apakah maksud VAN 152?
  • Saya melihat VAN 152 apabila cuba untuk bermain.

Penyelesaian

VAN 152 bermaksud peranti yang anda gunakan telah disekat daripada bermain kerana larangan ID perkakasan (HWID).

Ini bukan isu pemasangan atau sambungan Riot Vanguard, jadi langkah penyelesaian seperti memasang semula Riot Vanguard, memasang semula permainan anda, menukar sambungan, atau memulakan semula PC anda tidak akan menghapuskan sekatan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu larangan ID perkakasan, cara perkara ini berfungsi, dan waktu yang layak untuk disemak semula, baca artikel Memahami Larangan ID Perkakasan (HWID) kami.