Jika masalah anda seperti ini, anda berada di tempat yang betul:

  • Ralat Sambungan: VALORANT telah menghadapi ralat sambungan. Sila lancarkan semula klien untuk menyambung semula. Kod Ralat: VAN -1
  • Saya telah ditendang keluar dari permainan dan menerima VAN -1.
  • Apakah maksud VAN -1?

Penyelesaian

VAN -1 biasanya bermaksud Riot Vanguard tidak dapat dimulakan dengan betul atau salah satu perkhidmatan yang diperlukan tidak tersedia.

Dua langkah ini selalunya boleh menyelesaikan masalah:
  1. Buang dan pasang semula Vanguard. Cara paling pantas untuk memulihkan tetapan asal Vanguard adalah dengan menyahpasang secara manual, kemudian mulakan semula PC anda dan lancarkan permainan anda sekali lagi untuk memasang semula Vanguard.
  2. Tetapkan perkhidmatan Vanguard untuk bermula secara automatik. Memasang Vanguard sahaja tidak mencukupi jika ia tidak berjalan semasa anda cuba bermain. Jika anda tidak menggunakan Praperiksa Vanguard untuk membolehkan Vanguard dijalankan atas permintaan, anda perlu menetapkan perkhidmatan Vanguard (vgc) kepada Automatik.

Masih menghadapi masalah?

Jika ralat masih muncul selepas mencuba langkah-langkah ini, hantar tiket kepada Sokongan Pemain. Pastikan anda lampirkan log anda supaya kami boleh menyemak dengan lebih teliti dan membantu anda kembali ke dalam permainan.