Jika masalah anda seperti ini:

  • Skrin saya menjadi hitam selepas saya berjaya masuk ke dalam permainan.
  • Saya masih boleh mendengar audio permainan, tapi saya tak nampak apa-apa semasa bermain.
  • Permainan bermula seperti biasa, tetapi paparan menjadi hitam semasa saya bermain.

Penyelesaian

Jika anda sudah berjaya memuatkan permainan tetapi paparan menjadi hitam semasa bermain, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah biasa berkaitan grafik, paparan, dan perisian.

Jika anda melihat skrin hitam dan bukannya skrin pemuatan dalam League, ikuti panduan kami untuk menyelesaikan masalah ini. Jika permainan menjadi langsung tidak responsif dan bukannya hanya memaparkan skrin hitam, semak Permainan Tersekat.

  1. Kemas kini Windows. Kemas kini Windows boleh merangkumi pembaikan pepijat, kemas kini keselamatan, penambahbaikan keserasian, dan kemas kini untuk komponen seperti DirectX yang mungkin mempengaruhi kestabilan permainan dan tingkah laku paparan.
  2. Gunakan GPU khusus. Jika Windows menggunakan grafik bersepadu, menukar kepada GPU berprestasi tinggi boleh membantu permainan anda berjalan dengan lebih lancar.
  3. Kemas kini pemacu kad grafik. Pemacu grafik yang lapuk boleh menyebabkan permainan terhenti, membeku, skrin hitam, dan isu visual lain, dan mengemas kini pemacu GPU anda boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
  4. Nyahaktifkan overclocking buat sementara waktu. Memaksa perkakasan anda melebihi tetapan asal kadangkala boleh mengorbankan kestabilan untuk prestasi tambahan, jadi mengembalikannya ke tetapan asal boleh membantu untuk menyingkirkan kemungkinan itu.
  5. Pasang semula pemacu grafik secara bersih. Sisa pemacu lama kadangkala masih boleh menyebabkan masalah walaupun selepas kemas kini, dan Display Driver Uninstaller (DDU) membantu membersihkan semuanya.
  6. Baiki klien permainan. Jika ada sesuatu dalam fail permainan yang tidak kena, Alat Baik Pulih Penuh Riot Client boleh membuat pembetulan.
  7. Pasang semula permainan anda. Pemasangan semula bersih boleh menggantikan fail yang rosak atau hilang yang mungkin menyebabkan masalah.

Masih menghadapi masalah?

Jika skrin hitam masih muncul semasa bermain selepas mencuba langkah-langkah ini, hantar tiket kepada Sokongan Pemain. Pastikan anda melampirkan log anda supaya kami boleh menyemak dengan lebih teliti dan membantu anda kembali ke dalam permainan.