Anggap DNS sebagai buku alamat untuk Internet anda. Kadangkala maklumat yang dimilikinya sudah lapuk, menyebabkan Riot Client sukar mencari destinasinya. Beralih kepada DNS awam dan membersihkan cache DNS anda akan menyegarkan maklumat tersebut, lantas membantu komputer anda mencari laluan yang betul.


Menukar kepada Sistem Nama Domain Awam

Windows 10  Windows 11  macOS
  1. Tekan Kekunci Windows :window:
  2. Taip Control Panel
  3. Tekan Enter
  4. Pilih Rangkaian dan Internet
  5. Pilih Pusat Rangkaian dan Perkongsian
  6. Pilih Tukar Tetapan Penyesuai pada bar navigasi di sebelah kiri
  7. Klik kanan pada penyesuai rangkaian anda
  8. Pilih Ciri-ciri
  9. Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)
  10. Buka Ciri-ciri
  11. Pergi ke bahagian bawah menu dan tukar Dapatkan alamat pelayan DNS secara automatik kepada Gunakan alamat pelayan DNS berikut:
  12. Masukkan pelayan DNS awam berikut, satu di setiap ruang kosong:
    - 8.8.8.8
    - 8.8.4.4
  13. Tekan OK untuk menyimpan pilihan
  14. Tutup semua pelayar web dan aplikasi yang sedang dibuka
  15. Tekan Kekunci Windows :window:
  16. Klik kanan di mana-mana
  17. Klik pada Semua Apl
  18. Klik kanan Command Prompt dan jalankan sebagai pentadbir
  19. Taip ipconfig /flushdns dan tekan Enter
  20. Mulakan semula komputer anda

```


Lepaskan/Baharui IP dan Kosongkan DNS (Windows)

  1. Tekan Kekunci Windows :window:
  2. Taip cmd
  3. Tekan Enter dan jalankan sebagai pentadbir
  4. Dalam Command Prompt, taip ipconfig /release
  5. Tekan Enter
  6. Taip ipconfig /renew
  7. Tekan Enter
  8. Taip ipconfig /flushdns
  9. Tekan Enter
  10. Tutup command prompt dan cuba buat sambungan

Selepas anda mengemas kini tetapan DNS dan membersihkan cache DNS, buka semula Riot Client dan lihat sama ada isu sambungan telah diselesaikan.