Mungkin anda perlu menyahaktifkan Vanguard untuk menjalankan program tertentu, atau mungkin anda sudah putus asa dan mahu berundur dari gelanggang. Sepatutnya, anda tahu cara mematikan dan menyahpasang Vanguard kerana langkah ini sering membantu menyelesaikan ralat yang mungkin disebabkan oleh fail Vanguard yang rosak.


Tutup Semua Perisian Berkaitan Riot Games

Semasa menggunakan akaun Windows dengan akses pentadbir, ikut arahan berikut:

  1. Tutup sebarang permainan yang boleh dilancarkan dari Riot Client
  2. Tutup Riot Client dan pastikan ia tidak lagi muncul di dulang sistem Windows anda. 
    • Dulang sistem terletak di penjuru kanan bawah skrin anda. 
    • Jika Riot Client masih kelihatan, hanya klik kanan padanya dan pilih Keluar.
  3. Klik kanan ikon Riot Vanguard merah anda di dulang sistem dan pilih Keluar Vanguard. Klik Ya pada tetingkap timbul pengesahan untuk mematikannya.

Anda tidak lagi boleh memulakan kebanyakan permainan melalui Riot Client kerana Vanguard diperlukan untuk bermain kebanyakan permainan kami. 

Tutup menggunakan Task Manager

 

  1. Cari ikon Riot Vanguard di dulang sistem Windows anda (bahagian bawah kanan skrin anda).
  2. Klik kanan pada ikon Riot Vanguard.
  3. Pilih Lanjutan.
  4. Pilih Nyahpasang Vanguard.
  5. Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan proses nyahpasang.
  6. Tekan Ctrl + Shift + Esc untuk membuka Task Manager
  7. Cari perisian berkaitan Riot Games dalam senarai (contohnya League of Legends)
  8. Klik pada aplikasi untuk menyorotnya, kemudian klik butang Tamatkan tugas di penjuru kanan bawah

 


Nyahpasang Vanguard Melalui Windows

Anda boleh cuba menyahpasang Vanguard dengan mengikuti salah satu pilihan yang disenaraikan di bawah:

Pilihan 1: Dulang Sistem

  1. Cari ikon Riot Vanguard di dulang sistem Windows anda (bahagian bawah kanan skrin anda)
  2. Klik kanan pada ikon Riot Vanguard
  3. Pilih Lanjutan
  4. Pilih Nyahpasang Vanguard
  5. Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan nyahpasang

Pilihan 2: Tetapan Windows

  1. Tekan Kekunci Windows 🪟
  2. Dalam bar carian, taip Tambah atau Buang program, dan tekan Enter
  3. Dalam senarai aplikasi, cari dan nyahpasang Riot Vanguard 

Anda akan tahu bahawa Vanguard telah dinyahpasang sepenuhnya jika ia tidak muncul di dulang sistem anda selepas komputer dimulakan semula.

Adakah kita terlalu cepat? Lihat panduan rasmi Windows untuk langkah-langkah lebih terperinci tentang cara menyahpasang aplikasi.

Apakah Langkah Seterusnya?

Bergantung pada cara nyahpasang dilakukan, berikut adalah langkah seterusnya yang perlu anda ambil:

  • Jika Vanguard tidak dapat dinyahpasang: Dalam sesetengah situasi, Vanguard mungkin sukar dinyahpasang. Pergi ke bahagian Nyahpasang Vanguard Secara Manual di bawah untuk menyelesaikan masalah ini. 
  • Jika nyahpasang berjaya: Selesai! Jika anda sudah bersedia untuk kembali ke dalam permainan, tatal ke bahagian bawah artikel untuk mengetahui cara Pasang Semula Vanguard.

Nyahpasang Vanguard Secara Manual 

Dalam sesetengah situasi, Vanguard sukar dinyahpasang pada sesetengah komputer. Anda masih boleh menyahpasang dengan mengikuti langkah-langkah lanjutan ini; pastikan semua perisian berkaitan Riot Games telah ditutup:

  1. Tekan Kekunci Windows 🪟
  2. Taip cmd ke dalam bar carian
  3. Klik kanan Command Prompt dan pilih Jalankan sebagai pentadbir
  4. Dalam tetingkap Command Prompt (tetingkap hitam besar), taip sc delete vgc dan tekan Enter
  5. Masih di Command Prompt, taip sc delete vgk dan tekan Enter
  6. Mulakan semula komputer anda
  7. Selepas dimulakan semula, tekan Kekunci Windows 🪟
  8. Taip File Explorer dan tekan Enter
  9. Masukkan C:\Program File (atau anda juga boleh salin dan tampal!)
  10. Klik kanan pada folder Riot Vanguard dan  Padam semua fail yang masih tinggal

Pasang Semula Vanguard

Sekarang setelah ia telah dipadam sepenuhnya dari peranti anda, lancarkan Riot Client atau mana-mana permainan yang memerlukan Vanguard untuk memasang semula Vanguard secara automatik.